Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Mahu Bergaya Tapi Bajet Ciput? Pilihlah 4 Sportbike Bawah RM13k Ini
Roda2

Mahu Bergaya Tapi Bajet Ciput? Pilihlah 4 Sportbike Bawah RM13k Ini

ZYBy ZY22/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUDAH terliur dengan MV Agusta, Ducati Panigale dan Yamaha R1 yang kami paparkan sebelum ini?

Namun apakan daya, rata-rata superbike tersebut berharga RM150,000 ke atas yang pasti di luar jangkauan kebanyakan peminat motosikal Malaysia. Mampu tengok sajalah jawabnya.

Tapi jangan risau, dengan bajet tidak lebih RM15,000 pun anda sudah boleh bergaya sebenarnya. Berikut ialah senarai motosikal sportbike pilihan kami yang memang mampu milik, atau bak kata orang lama, harga murid*.

* Rujuk Kamus Mat Motor Malaysia

1. Modenas Pulsar RS200 (RM10,500)


Baru sahaja dilancarkan pertengahan 2017, baru-baru ini, tetapi sambutan umum terhadap Pulsar RS200 memang cukup menggalakkan hingga pembeli baharu terpaksa menunggu hingga dua bulan akibat kehabisan stok. Dikuasakan enjin SOHC 200cc dengan teknologi tiga palam pencucuh DTSi, tiada masalah bagi sportbike sulung Modenas ini meredah lebuh raya dengan kepantasan melebihi had laju kebangsaan selain menawarkan penggunaan bahan api menjimatkan.

BACA >>> Jika 3 Sportbike Ini Ada di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?

2. Naza N5R (RM12,800)


Dijana enjin DOHC 250cc silinder tunggal berkuasa 28hp pada 9,000RPM, selain berat kering cuma 143kg (terendah dalam kelas), Naza N5R boleh dikatakan sebagai pilihan terbaik buat mereka yang mahukan motosikal 250cc berkuasa, lincah dan pada masa sama masih berharga mampu milik.

Menariknya, walaupun dalam kategori bajet, sportbike ini siap dilengkapkan suspensi fork terbalik (USD) di depan, manakala ketinggian pelana dan hendal serta posisi alas pemijak boleh dilaras menerusi sistem EZ-suit.

3. Naza Blade 250R (RM12,800)


Tarikan utama Naza Blade 250 ialah konfigurasi enjin silinder kembar V-Twin seperti yang kerap digunakan model Ducati. Bezanya enjin motosikal itu cuma bersesaran 250cc, dan janganlah harapkan prestasi sama seperti superbike pula. Lain ciri menarik, Naza Blade menggunakan rekaan frem dan fairing besar dalam kelasnya berserta brek depan berkembar yang membuatkan jentera itu tampil seakan sportbike berkuasa tinggi.

Sesetengah pengedar turut menawarkan pemasangan ekzos slip-on percuma daripada Twin Brothers Racing. Jika deruman bunyi, gaya dan penampilan menjadi faktor utama, Naza Blade 250R ialah motosikal yang anda mahukan.

4. KTM RC200 – RM12,888 (selepas rebat tunai)


Antara kelebihan utama jentera KTM, walaupun menggunakan enjin dengan prestasi berbeza, rekabentuk luaran masih berkongsi ciri motosikal kelas perlumbaan. Malah, turut diserta bersama sepasang rim paling lebar dalam kelas, dan posisi tunggangan ergonomik yang lebih fokus.

BACA >>> Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25

Jadi, KTM RC200 menjadi pilihan terbaik buat mereka yang mahukan jentera dengan penampilan sportbike perlumbaan pada harga lebih mampu milik. Asalnya, ditawarkan pada harga sekitar RM16,000. Terima kasih kepada saingan versi 250cc yang semakin rancak kerana kini motosikal tersebut sudah boleh dimiliki pada harga promosi penghabisan stok sekitar RM13,000 sahaja.


PILIHAN ALTERNATIF

Masih di luar kemampuan? Anda juga boleh dapatkan sportbike di atas dalam versi naked yang rata-rata berharga RM1,000 lebih murah. Risikonya, penampilan mungkin agak kurang mengancam seperti versi fairing penuh.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX2R – Legenda Superbike Mini, 4-Silinder 250cc!

Atau anda juga boleh dapatkan sportbike 250cc terpakai berjenama popular seperti Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR250R pada harga serendah RM10,000 bergantung kondisi dan tahun pengeluaran. Namun, kebanyakan model terpakai itu boleh dibeli secara tunai sahaja.

Apapun kami hanya mencadang, pilihan sebenar tetap terletak di tangan anda. Selamat bergaya
4 sportbike bajet ciput harga murid KTM RC200 modenas pulsar RS200 motosikal Naza Blade 250R Naza N5R roda2 sportbike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

1 Comment

  1. Koi on 14/01/2019 03:33

    Assalamualaikum, saya tgh survey motor 200-250cc bajet bawah 13k. Guna daily pergi office and maybe sebulan sekali ride kl-ipoh balik kampung. Keselasaan pembonceng jugak salah satu factor. Now yg nampak new pulsar, duke 200 and used z250. Mana yg best for long term ? Tanak menyesal bila dah beli nnti.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.