• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahindra-Ford Umum Perjanjian Usahasama Strategik

Mahindra-Ford Umum Perjanjian Usahasama Strategik

October 2, 2019 By AO Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHINDRA dan Ford menandatangani penjanjian usahasama untuk pembangunan, pemasaran dan pengedaran kenderaan Ford di India. Usahasama tersebut dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2020 selepas  selesai beberapa isu regulasi.

Usahasama itu bernilai Rs19.25 bilion (RM1.1 bilion) yang mana Mahindra memegang 51 peratus saham, manakala Ford 49 peratus.

Sebagai sebahagin rundingan, Ford akan memindahkan operasi di India kepada usahasama tersebut, terdiri daripada tenaga kerja, dan fasiliti pembuatan di Chennai dan Sanand. Kilang enjin Ford di Sanand, unit  Global Business Service, Ford Credit dan Ford Smart Mobility akan kekal di bawah jenama Amerika itu.

BACA >>> Apa Geely Sudah Buat kepada Proton Sejak Jadi Rakan Strategik Asing?

ford-sannand-engine-plant
ford-chennai-plant

Usahasama itu akan menggunakan rangkaian pengedaran Ford di beberapa pasaran membangun untuk meluaskan sokongan eksport produk Mahindra ke luar negara seperti Afrika Selatan, Bangladesh, Sri Lanka, Chile dan lain-lain.

Selain itu Mahindra-Ford juga akan memperkenalkan kenderaan utiliti baharu di bawah  jenama Ford yang dijangka  menggunakan platform dan trenkuasa Mahindra. Tiga model pertama khabarnya ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan. Kedua-dua pengeluar itu juga merancang membangunkan kenderaan elektrik untuk pasaran luar.

Syarikat usahasama itu akan diuruskan Mahindra melibatkan wakil daripada kedua-dua pengeluar.

SUMBER: Team-BHP

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ford, Joint Venture, Mahindra, Usahama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my