• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAA: "Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii"

MAA: "Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii"

March 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) mengesahkan tiada mana-mana ahli persatuan itu dipanggil untuk soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwaan rasuah membabitkan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad mengesahkan perkara itu ketika diajukan soalan mengenai kes tersebut dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan MAA di Petaling Jaya, hari ini.

BACA >>> MARii, Emerald Jalin Kerjasama Strategik untuk Program Pakar Sistem Brek (BSE)
BACA >>> MARii, CATARC, DRB-Hicom dan Proton Meterai Kerjasama Bangunkan Hab NxGV

Datuk Aishah berkata;

Setakat ini, kami juga mendengar berita mengenainya secara atas talian semalam. Tiada sesiapa dipanggil (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM) untuk soal siasat setakat ini."

Semalam portal BebasNews.my mendedahkan seramai sembilan individu, termasuk individu bergelar Datuk ditahan reman untuk membantu siasatan nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif termpatan.

Portal itu memetik sumber yang mendakwa semua tertuduh, termasuk seorang wanita dipercayai ditahan petang kelmarin di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Semua ditahan ialah empat pemilik syarikat dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, Ketua Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi (CEO).

BACA >>> Azmin: Kerajaan Akan Teruskan Projek Kereta Nasional Ketiga
BACA >>> Model Pertama Kereta Nasional Baharu Akan Lancar Mac 2021, Sedan Segmen-C Hibrid?

Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula semalam dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim ke atas semua suspek berusia dalam lingkungan 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret, Putrajaya (semalam).

Sumber berkata, dua suspek lelaki direman enam hari dipercayai meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan membantu syarikat milik mereka mendapatkan geran menerusi tiga syarikat lain antara 2018 hingga 2020.

ORANG KUAT MARii

BebasNews semalam memetik sumber melaporkan ‘orang kuat’ MARii, Datuk Madani Sahari dan beberapa pegawai lain bakal ditahan reman selepas SPRM melakukan serbuah ke atas institut berkenaan, kelmarin.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM,  Datuk Tan Kang Sai dikatakan mengesahkan tangkapan dan reman tersebut. Semua suspek dilaporkan ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Aishah Ahmad, Datuk Madani Sahari Marii, Datuk Tan Kang Sai, Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Shah Wira Abdul Halim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev