Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Luar Nampak Biasa, Tapi Jangan Sesekali Bikin Panas – Proton Perdana
Bikin Auto

Luar Nampak Biasa, Tapi Jangan Sesekali Bikin Panas – Proton Perdana

Abang GYLBy Abang GYL19/07/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modifikasi Proton PerdanaJENAMA Proton dan Mitsubishi bagaikan tidak dapat berpisah di kalangan penggemar dunia modifikasi. Lihat saja mana-mana pemilik Proton yang menjalani pengubahsuaian, pasti memilih jenama Mitsubishi sebagai pasangan, baik dari aspek rekaan mahupun enjin.

Apabila bertanya kepada kaki modifikasi mengapa pilih jenama Mitsubishi, jawapannya alat ganti mudah dapat dan harga tidak mahal.

Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana

Untuk ruangan Bikin Kereta kali ini PanduLaju menampilkan Proton Perdana, model segmen-D yang ditala dengan enjin daripada Mitsubishi Evo III.

Yang pasti karakter asal Proton Perdana yang dahulunya banyak digunakan oleh golongan elit dan eksekutif kini bertukar menjadi jentera modifikasi diminati ramai.

Modifikasi Proton PerdanaENJIN MITSUBISHI EVO III

Hasilnya, Proton Perdana milik Boy Rima kini menjadi antara jentera digeruni ramai. Mana tidaknya, enjin asal bersesaran 2.0L automatik dikeluarkan dari perut jentera ini dan digantikan dengan nadi Mitsubishi Evo III 4G63T.

Bukan itu saja, piston asal 4G63T turut ditukarkan kepada lebih besar dan ia menggunakan dari model Mitsubishi Pajero. Manakala kepala silinder turut melalui proses ‘port n polish’ bagi memberi lebih kelegaan kepada pengudaraan yang keluar dan masuk. Turut tidak terkecuali aci sesondol HKS 272° digunakan dan diikat bersama pulley boleh laras rekaan kustom.

Selain itu, keseluruhan enjin juga dimantapkan lagi dengan penggunaan bearing dari King. Pam bahan api Walbro pula dipadankan bagi memastikan bahan api dari tangki dapat disampaikan ke pelaras Sard sebelum dihantar ke dalam ruangan kebuk.

Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana

Kemudian udara luar ditapis oleh penapis udara HKS sebelum dibawa masuk ke dalam enjin. Penyejukkan enjin pula dibantu oleh radiator aluminium yang diikat kemas pada bahagian hadapan enjin.

Penghasilan gas pembakaran dalam kebuk kemudiannya dihantar keluar melalui banana rekaan kustom dan terus ke paip ekzos  bersama muffler HKS Silent Hi Power. Bagi memastikan enjin mampu menghasilkan prestasi lebih baik, empunya jentera menggunakan unit ecu GReddy E-Manage Blue.

Beralih ke sistem brek, ia menggunakan daripada model Evo III dan dipadankan bersama pelapik brek Endless. Sistem penyerap hentak boleh laras Mines HLSH turut menjadi pilihan bagi memberi keselesaan dan kestabilan semasa beraksi di jalan raya.

Modifikasi Proton PerdanaLUAR & DALAM KEKAL

Dari aspek rekaan, ia masih mengekalkan paras rupa asalnya. Begitu juga pada bahagian dalaman kabin. Cuma ruangan roda menerima penambahbaikan menerusi rim TE 37 berukuran 17-inci.

Buat pemilik Proton Perdana sedia ada yang mungkin mahukan prestasi lebih berkuasa, anda boleh mengikut jejak langkah seperti Boy Rima.

TEKS & FOTO Shah Bahulu@Adam Photography

SPESIFIKASI

Proton Perdana 2.0L

ENJIN ASAL SEi 2.0 auto
MODIFIKASI ENJIN Evo III 4G63T, Piston Pajero, Port n polish head, bearing King, extractor banana, fuel regulator Sard, fuel pump Walbro, hicam HKS 272, HKS air filter, radiator aluminium, HKS Silent Hi Power muffler
TRANSMISI Evo III LSD
ELEKTRONIK GReddy E-manage Blue, meter boost Apexi
BREK Evo III, brake pad Endless
RODA TE37 Rota, tayar 215/45/17
SUSPENSI Adjustble Mines HLSH
LUARAN Bodykit Alfa
DALAMAN Kekal tidak berubah
BENGKEL & PENAJA WW Eastern Garage & Aman Speedwork
PEMILIK Boy Rima

Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Modifikasi Proton Perdana
Bikin Kereta Mitsubishi EVO III Modifikasi Proton Perdana Proton Perdana Tuner
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Ducati Factory Made
Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made – Program Kustom Terus dari Kilang!

04/03/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026

1 Comment

  1. Juevn nur on 23/07/2020 12:48

    Proton perdana SEi vs V6 yang mana lebih baik dari segi pengunaan minyak, alat ganti dan kos penyelengaraan?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.