Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lotus Evora Sport 410 Edisi Khas Filem James Bond – Cuma 1 Unit Dijual!
Roda4

Lotus Evora Sport 410 Edisi Khas Filem James Bond – Cuma 1 Unit Dijual!

Abang HirataBy Abang Hirata25/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH maksud barang jarang atau rare? Istilah tersebut merujuk kepada barangan yang dikeluarkan dalam jumlah terhad, istimewa, peringatan ataupun sempena ulang tahun sesuatu peristiwa. Memiliki barangan rare adalah satu bentuk kepuasan diri. Jika orang sekeliling anda hairan, ia memang munasabah kerana minat sebegitu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Hobi ini juga mampu memberikan pulangan lumayan memandangkan barangan rare yang disimpan sentiasa jadi buruan peminat. Namun, semua itu bukan alasan mutlak kerana ramai saja pengumpul mengambil keputusan untuk tidak mahu melepaskan barang rare yang dimiliki mereka walaupun ditawarkan harga tinggi.

LOTUS ‘RARE’

Lotus Esprit S1 James Bond The Spy Who Loved Me
Lotus Evora Sport 410

Jentera Lotus boleh dikategorikan sebagai eksklusif jika mengambil kira jualan tahunan dan koleksi model dikeluarkan. Contohnya, pengeluaran Lotus Evora Sport 410 yang dilancarkan Oktober 2016 hanya dihadkan kepada 150 unit setahun untuk pasaran seluruh dunia.

Jika jumlah itu sudah dianggap rare, maka kereta dihasilkan Lotus Exclusive ini nyata lebih super rare memandangkan satu unit sahaja dihasilkan. Ya, betul, satu unit sahaja! Model dimaksudkan itu ialah Evora Sport 410 sempena memperingati Lotus Esprit S1 dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me yang mencapai usia ulang tahun ke-40.

Lotus Evora Sport 410 edisi khas ini tampil istimewa dengan menerapkan semula beberapa identiti Lotus Esprit S1 dalam filem James Bond serba nostalgik itu. Berikut ialah ciri-ciri istimewa yang tiada pada model Lotus Evora Sport 410 lain:

  • Kombinasi warna baharu pada bampar depan.
  • But belakang gentian karbon dengan warna putih untuk ilusi kenderaan liftback.
  • Grafik nama Evora seperti model Esprit pada pilar B.
  • Kombinasi balutan kerusi dan kulit pintu warna Tartan seperti model Esprit S1 dalam filem The Spy Who Loved Me.
  • Sulaman merah pada konsol tengah dan papan pemuka yang dibaluti material Alcantara®

CIRI MEKANIKAL SAMA

Selain kelengkapan istimewa di atas, Lotus Evora Sport 410 masih mengekalkan ciri mekanikal sama. Kuasa dijana enjin supercaj 6-silinder bersesaran 3.5L dengan output 410hp pada 7,000rpm dan tork 420Nm, 3,500rpm. Berat badan kereta ini cuma 1,280 km. Dari segi kepantasan, pecutan Lotus Evora Sport 410 dari 0 – 100kmj hanya mengambil masa 3.9 saat.

Lotus Evora Sport 410 edisi filem James Bond, The Spy Who Loved Me ini dibina Lotus Exclusive, yakni perkhidmatan khas untuk pelanggan yang mahukan ciri istimewa pada kenderaan Lotus mereka. Berdasarkan rekod jualan, sebanyak 25 peratus kereta baharu Lotus mempunyai sentuhan buatan sendiri (custom made) yang pastinya menjadikan ia lebih rare!

Lotus Esprit S1 James Bond The Spy Who Loved Me
Lotus Evora Sport 410
Lotus Evora Sport 410
Lotus Evora Sport 410
Lotus Evora Sport 410
Lotus Evora Sport 410 James Bond The Spy Who Loved Me
Lotus Evora Sport 410
filem James Bond Kereta Sport Lotus Lotus Evora Lotus Evora Sport 410 Roda4 Supercar The Spy Who Loved Me
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.