Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Lorenzo, Rossi Bersatu dalam Pasukan Petronas Yamaha SRT?
Roda2

Lorenzo, Rossi Bersatu dalam Pasukan Petronas Yamaha SRT?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKINKAH Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo akan bergabung di bawah pasukan satelit Petronas Yamaha SRT?

Ini bukan spekulasi, tetapi komen dilontarkan juara dunia 15 kali, Giacomo Agostini mengenai peluang dan masa depan dua pelumba senior itu dalam MotoGP.

Agostini masih memegang rekod kejuaraan dunia lumba motosikal terbanyak. Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai kemungkinan Yamaha membawa masuk rookie terbaik 2019, Fabio Quartararo sebagai rakan pasukan Maverick Vinales dalam pasukan pengilang.

BACA >>> Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

“Antara Fabio Quartararo dan Maverick Vinales, siapa saya pilih? Dua-dua saya terima kerana setiap pasukan perlukan pelumba muda dan paling laju. Yamaha ada Rossi, tapi keputusan masa depan tak siapa tahu.

“Kalau saya Yamaha, saya akan ambil risiko gabungkan Vinales dan Quartararo Aku takkan lepaskan salah seorang mereka kepada pasukan lain. Bagaimana pula Rossi? Dalam hidup seseorang, dia harus fikir ke depan dan tidak tengok belakang,” kata Agostini.

Siapa sangka, kata-kata legenda itu semacam didengari Yamaha dengan mengambil langkah melanjutkan kontrak Vinales dan Quartararo selama dua tahun. Yamaha tahu dua pelumba tersebut memang ada potensi kerana kedua-duanya menyumbang 13 podium sepanjang musim 2019.

Agostini berkata;

Itu luar biasa, sayangnya juara dan pelumba berbakat tidak banyak dan semua pasukan berusaha mendapatkan mereka (Vinales dan Quartararo) secepat mungkin. Yamaha mengambil langkah cepat dan berani.”

BACA >>> Ketua Krew: Ikut Cara Honda Layan Marquez Kalau Nak Vinales Juara Dunia

ROSSI BERSATU SEMULA DENGAN LORENZO?

Agostini juga mendakwa ada peluang untuk Rossi dan Lorenzo bersatu semula, iaitu dalam pasukan Petronas Yamaha SRT. Itu tidak mustahil kerana The Doctor juga pernah mengungkapkan perkara sama. Malah, muncul gambar terbaharu Lorenzo dan bos Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali di Litar Antarabangsa Sepang.

Adakah ia satu harapan dan peluang untuk menyaksikan duo Lorenzo dan Rossi kembali bersatu?

Agostini berkata;

Hal ini sangat menyenangkan? Tetapi kita bercakap pasal dua pelumba dengan status juara dunia, jadi mereka tunjukkan dan dapat hasil yang baik secara teratur. Untuk Rossi, dia berhak putuskan apa yang dia mahu dalam karier.

“Saya tak fikir Yamaha sudah fikirkan pasal hal ini, penting untuk ada jaminan Yamaha akan berikan sokongan teknikal yang Rossi mahukan. Hal ini tak ada kaitan dengan siapa yang datang dan bayar untuk jadi sponsor.

“Jika Rossi ada pakej sama seperti Factory, saya tidak nampak itu jadi masalah. saya tak dapat bayangkan Yamaha tak mampu berikan pembaharuan kepada dia.

Jika benar Rossi dan Lorenzo ‘rujuk semula’ dalam pasukan satelit Yamaha, itu sebenarnya bukan masalah. Namun, kedua-dua pelumba itu bernilai tinggi dan pastinya melibatkan kos pelaburan yang bukan sedikit untuk dileburkan Petronas.

BACA >>> #SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!

2020 MotoGP Datuk Razlan Razali Fabio Quartararo Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP Petronas Yamaha SRT roda2 Valentino Rossi Yamaha Yamaha Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Advencer Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.