Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Loncin Voge 300 DS (2021) Lancar di Perancis, Harga RM21.5k
Roda2

Loncin Voge 300 DS (2021) Lancar di Perancis, Harga RM21.5k

AryonBy Aryon15/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LONCIN Motorcycles melancarkan model adventure touring aras mula Voge 300 DS (2021) untuk pasaran Perancis yang dijual pada harga €4,295 (RM21,520).

Selain berharga lebih mampu milik, model ini juga lebih ringan dan mesra penunggang baharu, terutama kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan motosikal advencer.

Ia juga boleh jadi motosikal menyeronokkan kepada penunggang berpengalaman kerana menawarkan pengalaman pengendalian yang lebih tangkas dan ringan, tidak ubah seperti menunggang model dirt bike.

Berikut beberapa fakta mengenai Voge 300DS (2021) versi Perancis:

  • Atas kertas, pesaing Voge 300DS ialah model advencer 300-400cc. Antaranya, Royal Enfield Himalayan untuk mereka yang sukakan gaya klasik, atau pesaing lebih dekat, KTM 390 Adventure, iaitu buat penunggang yang mencari jentera advencer dengan pakej teknologi termaju dan gaya premium.
  • Sebelum itu, Loncin terlebih dahulu melancarkan model abang, 500 DC untuk pasaran Eropah. Jadi Voge 300DS adalah versi advencer aras mula paling mampu milik.
  • Dijana enjin patuh Euro5 4-lejang silinder tunggal 292.4cc penyejukan cecair berkuasa 26hp @ 8500rpm dan tork 25Nm @ 7,000rpm.
  • Ditawarkan dalam dua pilihan warna, hitam dan kelabu.
  • Bagi mendapatkan harga kompetitif, model ini dilengkapkan dengan ciri penting sebuah model advencer sebagai standard seperti panel meter LCD digital ringkas, port pengecas USB terbina dalam, rak barang, dan sistem lampu LED.
  • Dari segi ciri dan teknologi, Voge 300DS memiliki apa yang ada pada BMW G 310 GS, tetapi berharga lebih murah. Model BMW itu dijual pada harga €6,100 (RM30,560).

BACA >>> Loncin GP300 – ‘Ducati Panigale Mini’ Terbaharu dari China
BACA >>> BMW G 310 R (2021) Facelift Diperkenalkan dengan Warna, Teknologi Baharu

 

Advencer adventure touring Loncin Motorcycles Loncin Voge 300 DS (2021) motosikal advencer Perancis roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.