Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Tiada Paksaan Kepada Aeroline untuk Beroperasi di TBS atau TBG
Auto Terkini

Loke: Tiada Paksaan Kepada Aeroline untuk Beroperasi di TBS atau TBG

SyafieBy Syafie11/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke: Tiada paksaan operasi di TBS

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, tiada paksaan terhadap mana-mana pengendali bas, termasuk Aeroline untuk beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Terminal Bas Gombak (TBG).

Loke berkata, dakwaan tular kononnya Kerajaan memaksa semua pengendali berpindah ke dua terminal utama itu adalah tidak benar dan mengelirukan.

Mereka cuba menimbulkan persepsi seolah kita memaksa Aeroline dan semua pengendali lain hanya beroperasi di TBS dan TBG. Jawapannya tidak.

“Kita tidak memaksa sesiapa pun ke TBS atau TBG. Namun mereka mesti beroperasi dari kawasan selamat dan berlesen.”

Kementerian Sedia Permudah Lesen Terminal Baharu

Loke berkata lagi, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini berusaha memudahkan proses pelesenan lokasi lain yang sesuai untuk dijadikan terminal, termasuk di pusat beli-belah besar yang memiliki kemudahan lengkap untuk penumpang dan pemandu.

Kami mahu kawasan yang sah dan selamat. Pihak pusat beli-belah boleh mohon lesen terminal dan kami akan bantu mempercepatkan proses kelulusan,” katanya.

Contohnya, Aeroline sebelum ini beroperasi dari Hotel Corus, Kuala Lumpur, tetapi lokasi tersebut dianggap tidak sesuai kerana beroperasi di tepi jalan utama.

Kami cadangkan mereka berpindah ke tempat lebih selamat seperti 1 Utama. Saya sudah arahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melonggarkan syarat supaya lokasi seperti One Utama boleh diberikan lesen terminal,” katanya.

Lokasi Baharu Disenarai: 1 Utama, Lalaport dan IOI City Mall

Terminal bas di pusat beli-belah 1 Utama.

Selain 1 Utama, Kementerian turut mengenal pasti beberapa lagi lokasi berpotensi seperti Lalaport Kuala Lumpur dan IOI City Mall Putrajaya. Kedua-dua lokasi itu mempunyai laluan bas dan infrastruktur mencukupi untuk dijadikan terminal bandar yang selamat.

Kita tidak mahu semua pengendali tertumpu di satu terminal saja. Sebaliknya, kita mahu wujudkan lebih banyak terminal berlesen di kawasan bandar, supaya operasi lebih tersusun dan selamat,” kata Loke.

Fokus Utama: Keselamatan, Keselesaan Seimbang

Loke menegaskan, walaupun Kerajaan memahami keperluan keselesaan penumpang dan pelancong, faktor keselamatan tetap menjadi keutamaan utama.

Ramai kata tidak selesa jika perlu ke terminal, tapi bila kemalangan berlaku di tepi jalan, kita juga dipersalahkan.

“Jadi, Kementerian perlu seimbangkan antara keselesaan dan keselamatan. Kita bukan menyusahkan pengendali, sebaliknya mahu pastikan operasi dijalankan lebih teratur dan selamat,” katanya.

Langkah itu menunjukkan komitmen Kementerian Pengangkutan untuk memodenkan sistem terminal bas bandar, memudahkan industri pengangkutan awam berkembang, dan pada masa sama menjamin keselamatan pengguna di jalan raya.

SUMBER: AstroAwani

Aeroline Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Terminal Bas Gombak (TBG) Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.