Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lightyear One – Kereta Elektrik Solar dengan Jarak Pemanduan Lebih 700km!
Roda4

Lightyear One – Kereta Elektrik Solar dengan Jarak Pemanduan Lebih 700km!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LIGHTYEAR  memang asing dalam dunia automotif arus perdana, tetapi jenama ini baru saja memperkenalkan prototaip kereta elektrik (EV) dengan teknologi revolusioner. One tidak sekadar menampilkan rekabentuk serba futuristik, apa yang mengagumkan, prototaip ini menggunakan teknologi cas semula bateri yang berbeza berbanding EV sedia ada di pasaran.

One menggunakan cahaya matahari sebagai sumber utama mengecas bateri EV yang mana Lightyear menggelarkan ia sebagai ‘kereta solar jarak jauh’ pertama dunia. Ia dibangunkan untuk mengatasi pelbagai masalah dihadapi EV biasa masa kini, iaitu melibatkan infrastruktur dan stesen mengecas.

One dipasangkan beberapa sel solar pada atas bumbung dan bonet. Panel solar itu bersaiz 5 meter persegi dan dilindungi kaca berkekuatan tinggi dan dijamin kuat. Dengan tenaga dihasilkan, kereta ini mampu dipandu lebih  700km dan turut dilengkapi bateri kecil yang boleh dicas semula menggunakan sinaran matahari, termasuk secara konvensional, iaitu soket elektrik.

BACA >>> Kalau Dyson dari UK ke Singapura, Syarikat Singapura Ini Pula ke UK Buat Kereta Elektrik

Tenaga elektrik yang terhasil daripada panel solar One memiliki kapasiti berbeza, bergantung suhu dan cahaya matahari. Menurut Lightyear, One mampu menambah jarak perjalanan 50-70km setiap hari ketika musim panas di Eropah.

Jika negara tropika seperti Malaysia, semestinya One mampu dipandu lebih jauh dengan janaan kuasa elektrik sekitar 700kWh sepanjang setahun. Lightyear masih tidak mendedahkan spesifikasi trenkuasa One, tetapi menyebut prototaip itu memiliki 4 motor elektrik yang dipasangkan pada semua roda dan disokong satu unit bateri.

One boleh dipandu hingga 400km dengan cas bateri daripada soket 230V biasa. Walaupun masih prototaip, Lightyear mendakwa versi pengeluaran akan dilancarkan menjelang 2021. Malah, 100 unit pertama sudah pun ditempah dan masih berbaki 400 unit dengan tanda harga €119,000 (RM560,900).

BACA >>> Lightning Strike, Sportbike Elektrik Mampu Milik Serendah RM53k?

VIDEO

GALERI
Adaptive Front Lighting System EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV) kereta elektrik terpantas dunia Lightyear Lightyear One Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.