Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus Tampil SUV Kompak Premium – NX Facelift dan 200t Special Edition
Roda4

Lexus Tampil SUV Kompak Premium – NX Facelift dan 200t Special Edition

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS NX adalah antara kenderaan utiliti sukan (SUV) popular ditawarkan Lexus Malaysia. NX berada dalam segmen SUV kompak premium dan di bawah satu lagi kategori SUV popular Lexus, iaitu RX. Selepas dua tahun di pasaran, Lexus Malaysia memperkenalkan beberapa pengemaskinian dan varian baharu – NX Special Edition.

Kini ada enam varian Lexus NX:

  • NX 200t
  • NX 200t Special Edition
  • NX 200t Premium
  • NX 200t Luxury
  • NX 200t F Sport
  • NX 300h (hibrid)

Tiada perubahan mekanikal bagi model kecuali beberapa kaizen (penambahbaikan) supaya tampil lebih reliabel dan efisien. NX (kecuali NX300h) dilengkapi enjin 2.0 turbo dengan teknologi Pemasa Injap Variabel Duaan dengan Keluasan Pintar atau Dual Variable Valve Timing with intelligence Wide (VVT-iW).

NX 200t

NX 200t (2017) menerima beberapa peningkatan fitur, tetapi masih mengekalkan harga sama seperti berikut:

  • Lampu utama LED bentuk Triple-L.
  • Lampu kabus LED dengan nyalaan automatik sewaktu membelok.
  • Sensor hujan dengan bilah pengelap automatik.
  • Rim 18-inci dengan tayar 225/60 R18.
  • Kunci kad pintar  Lexus – Pintu dikunci dan dibuka secara sentuhan di hendal pintu, manakala enjin dihidupkan dengan punat tekan-mula di papan pemuka.
  • Bumbung matahari – Ciri standard NX 200t Special Edition dan F SPORT.
  • Bukaan but automatik (Power Back Door) – Standard bagi kesemua varian.

NX 200t SPECIAL EDITION

  • Edisi istimewa sama seperti NX 200t, kecuali warna hitam pada gril, kemasan kabin, cermin sisi dan rim.

OPSYEN WARNA 5 + 2

Lexus NX menawarkan lima opsyen warna, iaitu:

  • Sonic Quartz (putih)
  • Platinum Silver (kelabu)
  • Sonic Titanium (perak)
  • Graphite Black Glass Flake (hitam)
  • Red Mica Crystal Shine (merah)

Dua warna baharu:

  • Lava Orange Crystal Shine (jingga)
  • Heat Blue (biru) – Ditawarkan secara eksklusif bagi model NX 200t F Sport. Warna ini menggunakan empat lapisan cat untuk mendapatkan sebatian warna istimewa.

WARANTI DAN HARGA

Lexus NX didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, manakala bateri NX 300h (Hibrid) pula mendapat jaminan lapan tahun. Bagi perkhidmatan selepas jualan, Lexus Malaysia kini menyedia lapan pusat servis dengan staf teknikal profesional yang mendapat latihan lanjutan dengan Toyota Motor Corporation.

Harga Lexus NX atas jalan adalah seperti berikut:

  • NX 200t – RM318,757.93
  • NX 200t Special Edition – RM320,813.05
  • NX 200t Premium – RM350,512.29
  • NX 200t Luxury – RM372,191.05
  • NX 200t F Sport – RM398,907.61
  • NX 300h (hibrid) – RM409,344.16

GALERI – NX 200t

GALERI – NX 200t SPECIAL EDITION

SUMBER: Lexus Malaysia

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus Lexus Malaysia Lexus NX NX 200t NX 200t F Sport NX 200t Luxury NX 200t Premium NX 200t Special Edition NX 300h (hibrid) Roda4 SUV SUV kompak premium
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.