Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus RX 500h (2023) Versi CBU Tiba, Harga RM498k!
Roda4

Lexus RX 500h (2023) Versi CBU Tiba, Harga RM498k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS Malaysia mengumumkan ketibaan kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus RX 500h F Sport (2023) ke pasaran tempatan pada harga bermula RM498,888!

Lexus RX 500h F Sport versi import (CBU) dari Jepun ini ialah model RX kedua daripada generasi kelima yang memasuki pasaran Malaysia selepas pelancaran Lexus RX 350 Luxury, Mei lalu. Berikut perincian SUV mewah itu:

WARNA

  • Ditawarkan dalam empat warna pilihan badan: White Nova Glass (putih), Sonic Iridium (perak), Graphite Black Glass Flake (hitam) dan Sonic Copper (tembaga).
  • Ruang kabin hitam.

JAMINAN

  • Diberi waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
  • Pek bateri hibrid diberikan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan.
  • Pelanggan juga boleh mengambil opsyen tambahan tempoh waranti dua tahun untuk pek bateri.

TRENKUASA HIBRID

  • Lexus RX 500h F Sport (2023) menggunakan trenkuasa hibrid baharu, iaitu enjin dengan pengecas turbo yang dipadankan motor elektrik.
  • Enjin petrol 4-silinder sebaris 2.4L turbo dengan motor elektrik dengan output kuasa 366hp dan tork 460Nm.
  • Kotak gear automatik 6-kelajuan Direct Shift, bukan e-CVT.

PACUAN SEMUA RODA TANPA BATANG SHAF BELAKANG

  • Sistem pacuan dinamakan Direct 4 (pacuan semua roda, AWD), tanpa kuasa mekanikal dari enjin dipindahkan ke roda belakang.
  • Malah SUV ini tiada rod syaf belakang yang menghubungkan enjin dan gandar belakang.
  • Sebaliknya, Lexus memasang satu lagi motor elektrik khas untuk menggerakkan roda belakang, sekali gus membolehkan semua roda dipacu menggunakan unit motor elektrik.
  • Menggunakan sistem hibrid selari, iaitu:
    • Gandar depan boleh dikuasakan menggunakan tork enjin atau unit motor elektrik yang dipasang antara enjin dan transmisi.
    • Gandar belakang cuma dikuasakan unit motor elektrik kedua, dipanggil eAxle.

STERENG BELAKANG DINAMIK

  • Lexus RX 500h F SPORT (2023) menerima Stereng Belakang Dinamik (Dynamic Rear Steering, DRS) yang membolehkan radius pusingan roda belakang dibuat hingga 4º (maksimum).
  • Ada dua jenis pusingan roda belakang mengikut kelajuan memandu. Lihat rajah bawah:

  • Sistem DRS akan mengubah posisi roda belakang mengikut tahap dengan roda depan untuk memberi kestabilan.
  • Pada kelajuan rendah, roda belakang akan bertentangan dengan roda depan untuk memudahkan belokan di selekoh dan ruang sempit.

REKABENTUK

  • Fasia depan dirombak yang menyaksikan padanan badan spindel (spindle body) mengantikan gril spindel. Gril kini lebih halus yang disepadu bersama bampar depan.
  • Bampar depan ada ruang ambilan udara besar untuk mempercepat proses aliran keluar haba panas. Lampu kabus diposisikan bawah bampar.
  • Lampu utama LED lebih tirus dengan latar hitam untuk menonjolkan lampu siang (DRL) bentuk abjad L.
  • Rim 21 inci dengan tayar Michelin profil 235/50R21.
  • Sama seperti Lexus RX 350 Luxury AWD (2023), bahagian belakang ada sambungan panel lampu horizontal yang menghubungkan dua lampu belakang kiri dan kanan.
  • Tiada lagi logo ‘L’ dan ada lencana teks LEXUS kecil diposisikan tengah but belakang.
  • Sistem brek cakera monoblok aluminium dengan kaliper 6-piston.

KABIN

  • Ruangan serba gelap diselubungi rona hitam, termasuk papan pemuka, kerusi, bumbung kabin dan karpet lantai.
  • Material kerusi daripada Ultrasuede.
  • Ada kemasan Dark Spin Aluminium menggantikan kemasan kayu.
  • Sistem bunyi Mark Levinson dengan 21 pembesar suara dan subwufer.
  • Ruang but 612 liter dan boleh diperluas dengan merebahkan tempat duduk baris belakang kepada 1,678 liter.
  • Menerima sistem buka pintu elektronik e-Latch.
  • Ada Teammate Advance Park dengan 12 sensor ultrasonik dan empat kamera untuk memudahkan tugas memarkir. Paparan dipapar pada skrin unit infotainmen.
  • Tiada lagi tayar ganti. Pembeli diberikan kit baik pulih tayar.
  • Ada lima port USB dan dua soket 12V.

KESELAMATAN

Lexus RX 500h F SPORT (2-23) dilengkapi pakej Lexus Safety System+ seperti:

  • Sistem Amaran Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Mula-Henti (start-stop)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB) dengan imbasan BladeScan
  • Bantuan Tanda Jalan (RSA)
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus Malaysia Lexus RX 500h F Sport Roda4 SUV
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.