Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus LS 500 (2018) Serlahkan Kehalusan Seni dan Budaya Jepun
Roda4

Lexus LS 500 (2018) Serlahkan Kehalusan Seni dan Budaya Jepun

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 1989, Lexus memperkenalkan model pertama, LS400 dalam usaha pengeluar dari Jepun itu mencabar dominasi pengeluar kereta mewah sedia ada. Keputusan melancarkan sedan terbaik tersebut dilihat sebagai satu penegasan Lexus kepada dunia tentang cita-cita, impian dan budaya Jepun yang segalanya dihimpunkan dalam bentuk pembuatan kereta serba mewah dan elegan.

Kini, sudah banyak perubahan berlaku sepanjang 28 tahun berlalu, terutama dari segi kemewahan jenama itu sendiri yang masa setiap model baharu berkongsi objektif sama. Omotenashi, yakni ‘semangat keraian Jepun’ adalah tentang prinsip alu-aluan yang diterapkan pada segenap elemen dan rekabentuk dalaman.

BACA >>> Lexus LC 500 Kini di Malaysia, 8 Unit Sudah Dijual – Harga Hanya RM940,000

REKAAN TAKUMI DALAM SEMANGAT OMOTENASHI

Pereka dalaman Lexus, Junko Itou jelas nekad melakukan pembaharuan drastik untuk sedan LS generasi kelima itu.

Kami mahu menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk mentakrifkan semula Omotenashi.”

Jadi, apa yang dilakukan Junko dan pasukannya adalah menerapkan unsur rekabentuk Takumi, iaitu tahap tertinggi dalam pertukangan tangan di Jepun. Dengan mengggunakan sepenuhnya kemahiran berkenaan, Lexus dapat menghasilkan sebuah kenderaan sarat perincian luar biasa seperti yang biasa dilihat pada kenderaan paling mewah di dunia.

Ada tiga ciri utama yang menjadi teraju dalam rekabentuk Takumi iaitu, fabrik lisu tangan (hand-pleated fabric), kaca ukir Kiriko dan pertukangan kayu Agathis (yang dirujuk Lexus sebagai ‘kayu seni’).

SULAMAN HAND-PLEATED, KACA UKIR KIRIKO

Berasal di ibu kota purba Jepun, Kyoto, lisu tangan atau hand-pleated adalah seni sulaman tangan yang menyerupai pembuatan origami dengan menukarkan helaian fabrik rata dan besar kepada satu hasil seni hebat. Kerja tangan tersebut digunakan pada panel pintu setiap sedan LS500 dan 500h, disulam dalam bentuk berlian. Setiap set empat panel mengambil masa kira-kira tiga jam untuk disempurnakan.

Kaca ukir Kiriko pula disusun atur dengan teliti sebagai penutup pembesar suara Mark Levinson di setiap pintu. Berdasarkan sejarah Jepun, seni kaca ukir tersebut dibangunkan seawal abad ke-19 oleh klan Satsuma pada era Edo. Kaca ukir Edo Kiriko memang terkenal dengan kualiti pembuatan tahap tinggi dan rumit.

BACA >>> Lexus LC-F Mahu Cabar Nissan GT-R, Bakal Tampil Mewah dan Berkuasa

Ketika membangunkan susunan kaca ukir bertindih itu, pasukan pereka Lexus terlebih dahulu menganalisis pantulan cahaya apabila pintu ditutup dan dibuka. Proses gilapan pula dibuat secara berhati-hati dengan mengambil masa lebih kurang sejam bagi setiap kepingan kaca depan, manakala kaca belakang perlu digilap selama dua jam!

SETAHUN SEMPURNAKAN REKAAN AGATHIS

Pasukan pereka Lexus memperuntukkan lebih setahun untuk memuktamadkan rekaan kayu seni Agathis. Dua gaya buatan tangan akhirnya dipilih, iaitu Organic dan Herringbone (tulang ikan). Mengambil ilham nyalaan api, rekaan Organic tampil berbeza berbanding corak mozaik yang diserlahkan Herringbone. Kedua-dua permukaan dilapisi pengilat natural bagi menambahkan seri rekaan.

Hasilnya, segala elemen rekabentuk Takumi itu jelas menyerlahkan kebanggaan dan dedikasi kumpulan artis Jepun yang disampaikan menerusi sedan Lexus paling dramatik setakat ini. Lexus LS akan berada di pasaran menjelang Februari 2018.

GALERI

SUMBER: Robb Report

fabrik lisu kaca ukir Kiriko Lexus Lexus LS 500 (2018) Omotenashi pertukangan kayu Agathis rekabentuk Takumi Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.