Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lewat Lancar Tapi Berbaloi, Ferarri Purosangue (2023) Jadi SUV dengan Enjin NA Terpantas!
Roda4

Lewat Lancar Tapi Berbaloi, Ferarri Purosangue (2023) Jadi SUV dengan Enjin NA Terpantas!

Han OthmanBy Han Othman15/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FERRARI Purosangue (2023)
mungkin model paling lewat masuk ke dalam parti kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover mewah, tetapi dengan gaya diilhamkan daripada Roma, dengan enjin V12 dan kelajuan maksimum 310kmj, ia nyata berbaloi ditunggu.

Sebagai makluman, Ferrari mengambil masa 75 tahun menghasilkan jentera empat-pintu yang akan berentap dengan barisan model termahal seperti Aston Martin DBX, Lamborghini Urus, Bentley Bentayga, dan Rolls Royce Cullinan. Kini cuma tinggal McLaren yang masih lambat beranjak mengikut trend semasa.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Ferrari Roma Kini di Malaysia, Harga Mula RM968k
BACA >>> SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j

Purosangue (2023) mampu menjadi bilik istimewa buat seisi keluarga dengan pintu belakang jenis engsel belakang yang menjadi ciri praktikal hatcback untuk memasukkan barang. Tidak dilupakan juga ciri pacuan semua roda (AWD) yang boleh digunakan sepanjang masa.

Tidak seperti pesaing yang membina SUV dalam bentuk kereta, Ferrari pula memilih gaya badan crossover yang tampil sederhana dengan tinggi lega bumi 1,589mm. Ferrari mungkin terpaksa berkompromi dengan ruang kepala, tetapi ia membolehkan pengeluar itu menghasilkan rekaan lebih slik dan pusat graviti rendah (CoG) yang dibantu panel bumbung karbon untuk kelebihan pengendalian.

Berikut ringkasan lain mengenai Purosangue (2023):

  • Rekabentuk luaran badan aluminium 4,973mm menyerlahkan gaya coupe Roma. Ini dapat dilihat pada bentuk panel difuser belakang yang menempatkan empat muncung ekzos.
  • Lampu depan dan belakang juga mengikut ciri rekabentuk kereta dua pintu yang memberikan gaya elegan yang tidak dapat ditandingi model pesaing.

  • Kecuali Cullinan, tidak model lain dalam segmen sama yang menggunakan ciri pintu belakang berengsel. Rekaan begitu membuatkan gerbang roda belakang nampak lebih luas dan seakan terapung. Ini membuatkan saiz rim 22 inci (depan) dan 23 inci (belakang) yang besar tidak nampak pelik.
  • Dijana enjin aspirasi natural (NA) 6.5L V12 yang menghasilkan output kuasa 715hp dan tork 716Nm dengan rev enjin hingga 8250rpm. Ferrari juga bakal memperkenalkan pilihan enjin V6, V8 dan hibrid.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan dengan pacuan AWD czn dipasangkan di belakang, sama seperti model GT Ferrari, sekali gus memberikan agihan berat depan:belakang 49:51 yang sempurna.
  • Dari aspek kuasa, DBX707 hampir menyaingi (697hp), tetapi bukan enjin V12. Urus Performanter pula hanya mampu menghasilkan kuasa 657hp, manakala Bentayga dengan trenkuasa W12 cuma 626hp. Tambahan lain, semua model lawan itu bergantung kepada sistem pengecas turbo untuk hantaran kuasa.
  • Bagaimanapun, DBX dan Urus mampu menyamai angka pecutan 0-100kmj, iaitu sepantas 3.3 saat.
  • Lmeborghini pula mampu mencapai kelajuan maksimum 306kmj, manakala Aston Martin mampu seiring dengan Ferrari, iaitu 310kmj.

  • Walaupun ini bukan model AWD pertama Ferrari, tetapi inilah produk pertama dilengkapkan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC), temasuk Kawalan Oleng Aktif (ARC).
  • Sebenarnya bar anti-oleng aktif bukan ciri sesuai untuk kereta mewar bersaiz besar, tetapi Ferrari berjaya melakukannya menerusi penggunaan damper injap-gelendong (spool-valve) Multimatic kawalan elektronik.
  • Ciri ini dibantu artikulasi gandar atas permukaan tidak rata, termasuk menguatkan casis ketika memandu dalam kelajuan tinggi.
  • Namun, ketinggian SUV tidak dapat dilaraskan, kekal pada 183mm yang akan mengehadkan keupayaan off-road.
  • Lagi ciri Purosangue yang berbeza dan unik adalah rekabentuk dalaman. Ketika pengeluar lain seperti Porsche  cenderung memberikan rekabentuk papan pemuka yang sama seperti kereta, Ferrari pula seakan cuba menukar gaya papan pemuka dari kereta lain ke kereta lain.
  • Jika luaran Purosangue saling tidak tumpah seperti Roma, rupa dalaman pula seakan 296 GTB, iaitu tanpa unit infotainment di tengah papan pemuka. Sebaliknya pemandu dan penumpang diberikan skrin paparan besar sendiri.
  • Ferrari belum mendedahkan harga Purosangue, tetapi dijangka mencecah hampir AS$400,000 (RM1.8 juta) yang menjadi model ini paling mahal di pasaran SUV mewah.

BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
BACA >>> Bapa Ferrari F40, Nicola Materazzi Meninggal Dunia pada Usia 83 Tahun

Crossover Ferrari Ferrari Purosangue (2023) Roda4 Super SUV SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.