Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Selepas 2 Minggu Tunggang Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat…
Roda2

Selepas 2 Minggu Tunggang Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat…

Abang GYLBy Abang GYL16/09/201867 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MULA diperkenalkan 19 Mei lalu, Modenas Pulsar RS200 dikhabarkan menerima sambutan luar biasa. Bukan saja dijual pada harga ‘tidak masuk akal’, model sportbike itu sudah terbukti berjaya memikat hati rakyat Malaysia. Salah seorang pemilik Modenas Pulsar RS200 mengirim mesej kepada kami untuk memberi maklum balas tentang motosikal yang baru saja dibelinya.

Empunya jentera, Asyraf Masran memaklumkan faktor harga mampu milik selain rekaan menarik menjadi faktor utama ia memiliki model rebadge daripada Bajaj itu.

“Asalnya memang tak nak beli. Tapi lepas tengok kat kedai, terus ubah fikiran. Mana nak tahan bang, murah dan design cantik. Jenama lain mana nak dapat motor harga macam ni,” kata anak muda asal Kuala Selangor itu.

Jom kita baca lagi komen Asyraf pasal Modenas Pulsar RS200 selepas hampir dua minggu memilikinya;

BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj – Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’, Bermula RM5,989!

* Tulisan di bawah sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud dan gaya penulisan penulis asal. Beberapa bahagian dan sentuhan turut dibuat tuan punya motor. Harap maklum.

modenas pulsar rs200 malaysia

1. REKAAN MEMIKAT HATI

Dari segi paras rupa, pandangan hadapan sudah berjaya memikat hati saya. Mana tidaknya, lihat lampu projektor yang seakan-akan Yamaha R1. Rekabentuk pula tak ketinggalan zaman. Paling penting, setiap butang-butang yang ada pada handle bar (signal, high beam, hon, start button) bercahaya.

2. TAHAN LASAK KE?

Sedia maklum, Bajaj ialah syarikat paling popular di India. Produknya juga sudah terbukti tahan lasak. Lihat saja di serat pelusuk India, motosikal Bajaj ada di mana-mana. Kualiti dan alat ganti pula sama dengan KTM Duke 200. Walaupun berasal dari India, kualiti pun tak cikai.

BACA >>> Mahu Servis Motosikal, Hubungi Saja Mobile Service Modenas

Selepas tunggang lebih daripada 600km, tiada sebarang masalah atau kelemahan yang ada walaupun tak berpantang seperti yang disyorkan dalam buku panduan.

modenas pulsar rs200 malaysia

3. MINYAK PULA BAGAIMANA?

Memandangkan Modenas Pulsar RS200 menggunakan tiga palam pencucuh, sudah pasti penggunaan baha api lebih jimat. Dengan tangki penuh (13L), ia boleh pergi sampai 650km dengan kelajuan purata 100kmj. Jika bawa laju dalam 130kmj, setiap 1L boleh pergi sejauh 30km. Anda nilai sendiri.

4. TOP SPEED?

Ini soalan paling popular. Dengan seorang pembonceng, Modenas Pulsar RS200 boleh pergi sehingga 148kmj. Kelajuan yang dicapai itu dengan posisi badan yang tegak ye, bukan meroket. Jika seorang, ia boleh dapat 151kmj. Sejujurnya saya rasakan ia boleh pergi lebih laju. Tapi kalau nak lagi laju, tukarlah ECU 🙂

BACA >>> Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini – Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia

SEMUA CERITA BEST JE, APA PULA KELEMAHAN PULSAR RS200?

1. Panel meter tiada indikator gear. Kalau boleh, letaklah indikator. Kadang-kadang dah gear enam pun masih tekan gear sebab ingat masih ada gear lagi.

2. Ada beberapa bahagian cover set renggang dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Bahagian QC kena pertingkatkan lagi.

3. Tiada cangkuk susah nak gantung helmet.

GALERI
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
harga modenas pulsar rs200 lampu modenas pulsar rs200 Modenas Pulsar RS200 Asyraf Masran modenas pulsar rs200 malaysia modifikasi modenas pulsar rs200 ns200 Pulsar rs200
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Auto Terkini

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

06/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

04/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

03/02/2026
Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026

67 Comments

  1. Paart on 13/06/2017 05:19

    Meter dia ralat tak kalu compare ngn gps meter

    Reply
    • AsyrafMasran on 13/06/2017 15:34

      Gps berat 10kmh

      Reply
      • mfiir4 on 29/07/2017 15:42

        Berapa harga Malaysia motor ni?

        Reply
        • AsyrafMasran on 22/08/2017 16:23

          12k

          Reply
  2. MR ARIF on 13/06/2017 05:35

    Sempoi modenas telah kembali megah…

    Reply
  3. Afiq on 13/06/2017 09:05

    Full tank boleh pegi 650km?
    Serious shit???

    Reply
    • AsyrafMasran on 13/06/2017 15:36

      Speed 100kmh, 1 liter boleh dpt 50km
      Speed 100-130kmh, 1 liter boleh dpt 30km

      Kalau santai giler speed 100kmh
      13 liter kali 50km
      Lebihkurang 650km boleh dpt

      Reply
      • Shah on 14/06/2017 00:03

        Jarak tu mcm dr jb ke penang.. Lebih kurang.. Biar btul 13l x pyah tunag minyak dr jb ke penang. Fikir fikirkan la

        Reply
        • AsyrafMasran on 14/06/2017 01:03

          Kt group tu org tu dpt 350 full tank dgn top speed
          Kalau santai speed ex5 x mustahil boleh dpt around 500km

          Reply
          • KR Selamanya on 15/06/2017 05:29

            Tu dah tolak berat rider? Geseran jalan? Inertia? Angin? Serius deh 650km? Ke teori jek??

          • duan on 17/07/2017 11:11

            lagi2 kalau hiway utara selatan… jalannya mmg rata dan smooth boleh menjimatkan petrol berbanding hiway LPT

          • Muhd zamrie on 20/09/2017 22:08

            Kt mna buat lampu belakang tu…

          • fairus on 29/11/2017 08:30

            650 km tu mustahil…tp 1l utk 30 km boleh dapat….math dia….13lx30km= 390km….ralat kot….excited sgt cter

        • Haizie noor hazmie on 17/06/2017 15:45

          Ni kartun punya story

          Reply
          • AsyrafMasran on 17/07/2017 08:38

            Kalau x percaya petgi la masuk group fb selidik membaca mengkaji..bukan sorg yg mgakui penjimatannya…
            Tak pakai tapi nk kondem pulak.hahaha

          • azam on 06/12/2018 22:31

            fz150i aku pakai bwk 100kmh full tank dpt 550km.. lampun minyak start blink mase 500km

        • ariff on 29/07/2017 09:32

          Dh bawak slow tambah plak pkai 3 plug…Mau xjimat ptrol

          Reply
      • Darr on 17/07/2017 21:06

        Lagenda 115 untuk jarak 150km guna lebih dari 3 liter. Speed maintain 90km/j GPS. 100km/j meter motor. 80% highway.

        Kiranya full tank boleh pergi 150km je.

        *hari2 ulang alik kl-seremban.

        Reply
        • Zul on 30/12/2017 14:06

          Tak kut dlm 100 km je kut, full throttle highway

          Reply
      • Adnan on 30/08/2017 15:41

        mana dapat lampu belakang tu

        Reply
        • Abangmandol on 08/01/2018 15:36

          Buat sendiri.. Diy tgk youtube.. Kalau kedai buat kene tambah duit sikit

          Reply
      • saya lah on 01/04/2018 02:06

        Bia je la yg x pecaya tu…sy ride dr kuantan ke hatyai…pegi balik 1443km..fuel ron97=rm85.81….boleh je dpt 1liter=41.67km…speed 100-130kmj..itu 2 plug…3 plug n injection lg la jimat…sy guna fz dulu lg jimat dr r25…tp tu la speed plak..

        Reply
        • mazil on 03/09/2018 16:34

          sekarang tuan guna pulsar ke guna r25?
          Pulsar dgn FZ mane syok long distance?

          Reply
          • Fzowner on 16/09/2018 17:30

            Fz spare part tak susah..
            Pulsar nie..aduss..good luck

    • epulsamad on 29/07/2017 09:36

      klu 100 mantin je tp penah plk ad yg bawak smpai 100 xreti nk naik3 lg3 hywy ni
      lalu burung pun berhuhu….

      Reply
      • AsyrafMasran on 22/08/2017 16:25

        Boleh masuk group Modenas Bajaj Community
        Baca dr user.itu semua fakta dan realiti
        Sembang pumpang2 pon tak guna
        Huhuhu

        Reply
  4. Ahmad on 13/06/2017 10:34

    Lampu belakang untuk RS200 ni dh tukar sama macam NS200 ke? Rasanya masa launch lampu dia lain

    Reply
    • ABG GYL on 13/06/2017 10:35

      Ya, lampu belakang termasuk signal tuan punya badan dah kasi ‘sunat’.

      Reply
    • Muazmazlin on 18/10/2017 01:46

      Kalau tukar ekor dia tu nak tukar Kat mana?

      Reply
  5. awie on 13/06/2017 18:18

    Hebat

    Reply
  6. aly on 13/06/2017 18:56

    Cruise speed/ideal speed brape ni? Pda rpm brape? Tq

    Reply
    • AsyrafMasran on 14/06/2017 01:07

      Mohon turut serta dlm group Modenas Bajaj Owners Club Malaysia

      Reply
      • Ali on 14/06/2017 12:05

        Mohon add bro, aku pun owner rs200 cuma dapat lepas raya. 60134437979

        Reply
        • Awanglokan on 12/07/2017 11:35

          Harp buang perkataan bajaj sebut aja modejaj abih cerita bajaj vrsi melayu elk di pnggil modenas pendekar highway rs200

          Reply
          • Jupiter on 29/07/2017 09:50

            ayat org tak boleh terima kenyataan sebab da beli motor lagi mahal…terima la kenyataan yg model ni lagi bagus…terima lah..hahaha

  7. Asyraf on 13/06/2017 19:28

    Pakai ekor ape tu? Boleh masuk kat ktm rc x?

    Reply
    • AsyrafMasran on 14/06/2017 01:07

      LED flexible jer…mana2 motor boleh pakai

      Reply
  8. Ipan on 13/06/2017 20:20

    Aq punya bru kluaq minggu lepas …puas ati jgak..tp lampu tu nk buang…nk tuka…nak tanya lampu blakang kalau pasang led kena tahan dak

    Reply
    • AsyrafMasran on 14/06/2017 01:08

      X pasti la..tp.pastikan terang dan pastikan signal berasingan dgn brek

      Reply
  9. Ali on 14/06/2017 12:08

    Ade group whatsapp rs200 tak nak join?

    Reply
  10. Kai on 15/06/2017 14:05

    Ade xpengalaman yang dah guna naked ns200 pulak? Klau best nak angkat

    Reply
  11. Zakeri Ismail on 17/06/2017 11:01

    Salam…boleh add sye nak join group ns200?

    Reply
  12. Jggut on 06/07/2017 23:36

    I salute ngan Modenas Skrg dah mampu keluarkan moto race bike yg berkualiti.. Syabas & tahniah

    Reply
  13. sikosong on 20/07/2017 21:20

    lampu signal blakang tu guna lampu apa?cantik laa

    Reply
    • Sinkong on 28/07/2017 02:21

      Lampu picit

      Reply
  14. Saga3 on 21/07/2017 00:09

    Pada pandangan saya adalah lebih manis jika namanya lebih ringkas, contoh :-MODENAS ‘RS’ 200 / MODENAS ‘NS’ 200..
    Perkataan Pulsar ditiadakan..
    Spekulasi sudah tersebar bahawa modenas akan melancarka model baru dominar 400..
    Apa kata nama model dominar 400 digantikan dengan MODENAS ‘NS’ 400 / MODENAS ‘RS’ 400..

    Apa kata anda..!!!

    p/s : dah mula kumpul duit untuk dominar 400

    Reply
    • Ggg on 10/08/2017 18:45

      Modenas ambil 100% India punya motor mane dapat padam nama pulsar tu

      Reply
  15. Ifah on 18/08/2017 07:05

    Nk tnya ada lg ke motor rs200 pulsar ni..npe sy cr kat kawasan ipoh x ada..boleh tolong bgtau x kat ipoh ni kedai mna yg jual motor ni..

    Reply
  16. AsyrafMasran on 22/08/2017 16:27

    Jom masuk group fb Modenas Bajaj Community
    Di situ ada pelbagai bukti dari aspek penjimatan minyak
    Modifikasi dan lain2 info

    Reply
    • Ashraff on 20/09/2017 22:16

      Boleh add saya masuk wssap group ke
      0133060059

      Reply
      • Tengku on 10/01/2018 10:54

        Add saya juga club pulsar ….0194668746

        Reply
  17. Ninpow on 01/09/2017 14:54

    Cerita pasal modenas bajaj rs200 dan ns200 nih mmg laku….tp ada satu lagi modenas bajaj v15 150cc tuh…yg itu pun teknologi dia tak kalah…twin spark…tp tak laku,mungkin sbb dlm kategori 150cc skrg nih org bandingkan dia dgn honda rs150 n yamaha y15zr…lgpun bentuk dia plak xelok….dia bukan kategori supercub yg tgh panas skrg nih…skrg nih ada satu lagi pioneer benelli rfs150 yg hangat diperkatakan dgn teknologi triple spark dia…yg ini pun bersaing jgak dgn modenas bajaj v15 nih….so dari segi bentuk dia mmg dah kalah..,satu lg dia claim tank dia ” from invincible metal INS vikran “…..sebuah kapal perang tentera laut india yg dilupuskan,besi2 dia telah discrap,dilebur lalu dijadikan tank utk bajaj v15 nih…..tp xserupa bikin,jentik tank dia tak invincible pown…..nipis lain mcm jaaaa…..

    Reply
  18. Arnab Terbang on 23/09/2017 02:54

    Hahahaha!
    Baru petang tadi gi kedai moto. Beli ns200 (utang laaa.. hahaha!). Ni gara² terpengaruh ngan kawan² yg dh pakai ns200 n rs200 la..

    Reply
  19. Akmal on 25/09/2017 14:01

    Memang tak boleh sangkut helmet ke motor ni? Pastu macam mana nak letak helmet masa parking?

    Reply
  20. Mirul on 06/10/2017 21:19

    Boss nk tye sikit ap pakai tail light ap ye??? Sy pon nk buat mcm yg boss buat…boleh share info x???

    Reply
  21. Loges on 09/11/2017 17:35

    Mcm mn dgn lambu belakang. Modific sendiri?

    Reply
  22. Haziq on 25/12/2017 01:32

    Mana lagi untung ktm rc200 or pulsar rs200 .tngah pening ni

    Reply
    • Jwan on 27/12/2017 12:14

      Dua2 lbih kurang je senarnya…tpi klu nk ikut harga, modenas rs200 la

      Reply
  23. nursajat on 12/02/2018 17:58

    buang ekor lawa pula.. terpikir juga bagaimana nak ganti lampu brek blakang tu.. tapi mcm nice je solution ni.. hehe

    Reply
  24. Abdul Halim on 18/06/2018 19:46

    Rs200 kalau buh box tepi dan atas boleh ke? Smart tak?

    Reply
  25. Muhammad Akmal on 06/08/2018 12:07

    moto ni boleh tambah accesori spt box tak?

    Reply
  26. zulkifli latif on 14/01/2019 00:26

    malam tadi anak aku bawak moto (rs200) , balik kena tunda sbb tak dapat dihidupkan..
    pada meter tak ada sebarang lampu yg menyala ( gelap) , yang ada hanya lampu biru pada suis lampu dan sius start… kenapa yeee…. milelist baru 450 km..

    Reply
  27. Adam Luthfie Bin Abdul Razak on 03/05/2019 08:16

    Aku pengguna RS, setakat nie minyak 13L sampai 400km jew bawa sanTai (110km kebawab)

    Reply
  28. Rosmadi on 24/08/2019 19:24

    yg tak best tak ada gear position indicator. At least kalau ada lampu ‘top gear’ pun dah ok

    Reply
  29. haziq on 26/09/2019 23:03

    nak tanya bro…
    total price utk service minyak hitam berapa ringgit?
    and boleh pakai mana2 minyak hitam 4t mcm motor lain?
    ke ada minyak khas berjenama?

    Reply
  30. Aszhar on 29/11/2019 01:49

    Assalamualaikum nak tanya kalau modi yg belakang tu kat kedai ade ker tak ye ?

    Reply
  31. Jack123 on 26/04/2021 10:49

    Hanya satu kekurangan nyata Pulsar RS200 atau NS200, tiada penunjuk gear. Komponen ini sangat penting.
    Selepas 3 bulan memilikki Pulsar dengan jarak pemanduan sudah mencapai 700km, motor ini memang ‘sedap’.
    dan designnya memang cantik. Sangat sesuai sebagai pemula bagi yang baru berjinak-jinak dengan moto kuasa besar terutama bagi yang belum biasa menggunakan klac…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.