Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lagi Foto Proton Ertiga Bocor – Mampukah Ia Dijual Bawah RM60,000?
Auto Terkini

Lagi Foto Proton Ertiga Bocor – Mampukah Ia Dijual Bawah RM60,000?

Abang GYLBy Abang GYL06/11/20164 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton ertigaPROTON Ertiga menjadi model terakhir Proton yang bakal diperkenalkan sebelum melabuh tirai 2016. Selepas Proton Perdana, Persona dan Saga, kini giliran Proton Ertiga pula membuat kemunculan.

Tidak dinafikan, 2016 adalah tahun mencabar buat Proton. Mana tidaknya, empat model dalam masa setahun. Hari ini, sekeping lagi foto Proton Ertiga tersebar di laman sosial.

proton ertigaSeperti dimaklumkan sebelum ini, Proton Ertiga bakal diperkenalkan secara rasmi November 2016. Nampak gayanya Proton sudah bersedia memperkenalkan model MPV ini ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Ura-ura menyatakan Proton Ertiga bakal dilancarkan 11 November (jumaat depan) sekali lagi meleset. Menurut sumber dipercayai, model MPV ini bakal memasuki pasaran Malaysia penghujung bulan ini.

Sebelum menanti hari pelancaran, apa kata kita lihat dahulu spesifikasi Proton Ertiga untuk pasaran Malaysia.

foto proton ertigaENJIN KEKAL

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga akan menggunakan enjin sedia ada iaitu K14B bersesaran 1.4L. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 90hp dan tork puncak 130Nm.

PARAS RUPA SAMA

Berdasarkan beberapa foto yang tersebar, kami lihat rekaan luaran Proton Ertiga tidak banyak berubah seperti Suzuki Ertiga. Cuma logo saja ditukarkan daripada Suzuki kepada Proton. Baik dari luaran mahupun dalaman.

Tambah sumber kami lagi, ruang dalaman menerima sedikit sentuhan di mana kerusi fabrik digantikan kepada jenis kulit. Selebihnya masih kekal sama dan tidak banyak berubah.

proton ertigaHARGA

Buat masa ini, kami tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan harga MPV ini. Memandangkan ia bakal bersaing dengan Perodua Alza, kami menjangkakan Proton Ertiga akan dijual pada harga sekitar RM55,000 hingga RM60,000.

MAMPUKAH MEMIKAT HATI RAKYAT MALAYSIA

Persoalan utama adalah, mampu Proton Ertiga memikat hati anda? Antara Proton Ertiga dan Perodua Alza, mana satukah pilihan anda?

GALERI SUZUKI ERTIGA

proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
foto proton ertiga Proton Ertiga Proton Perdana Proton Persona Proton Saga
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026

4 Comments

  1. Amran on 07/11/2016 15:10

    Harga harap lebih murah dari Alza.. Alza dah terbukti reliable. Ertiga ni belum. Jadi harga memainkan peranan penting untuk mencuri hati pembeli..

    Reply
  2. Kamarul on 08/11/2016 14:44

    Yg proton ade isofix? Ertiga xde..

    Reply
  3. leman on 10/11/2016 03:39

    Nak lawan perodua alza better harga sekitar 55k-52k bg full aksesori & 50k-48k bg standard.. gerenti meletop… klu sama baik alza.. enjin 1.5L

    Reply
  4. Kudin on 19/11/2016 17:52

    Kete paling laris kt india..confirm x ada problem dh settel..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.