Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3
Roda4

#LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN akhirnya membawa masuk Kicks ke Amerika Utara sempena Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2017 selepas terlebih dahulu melakukan debut di Brazil, Mexico dan China.

Dalam famili kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan, Kicks duduk di bawah Rogue Sport, sekali gus menambah jumlah keseluruhan SUV Nissan kepada enam model. Di atas kertas, Kicks akan berentap dengan Honda HR-V dan Mazda CX-3. Ada khabar angin mendakwa Kicks bakal menggantikan Juke, tetapi sumber Nissan memberitahu kedua-dua model berkenaan akan dikekalkan.

Kicks bakal dikuasakan enjin generasi ketiga aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.6L berkuasa 125hp dan tork 155Nm dengan dipadankan Transmisi Variabel Berterusan (CVT) yang disalurkan kepada sistem pacuan roda depan (FWD). Transmisi manual dan pacuan semua roda (AWD) tidak ditawarkan, manakala penggunaan bahan api dianggarkan 33mpg (batu per gelen) atau 14.03kml (kilometer per liter).

KEMASAN DUA TONA

Ada 7 warna ditawarkan bersama 5 kombinasi dua tona. Pembeli boleh memilih kemasan bumbung hitam yang digabungkan bersama warna badan putih, jingga atau merah, ataupun berbumbung jingga dengan warna badan kelabu, ataupun berbumbung putih dengan warna badan biru.

Jumlah keluasa dalam ialah 3,114 liter, dengan 707 liter di sebalik tempat duduk baris kedua untuk ruang kargo. Crossover ini turut dibekalkan paparan infotainment yang dipasang di tengah papan pemuka ‘Gliding Wing’ dan mampu menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Kicks varian premium akan memuatkan sistem bunto Bose Personal Plus dengan pembesar suara 2.5 inci yang dimuatkan di sebalik penyandar kepala pemandu. Walaupun memiliki garis bumbung ala coupe, tetapi Kicks adalah antara SUV yang menawarkan ruang kargo paling luas dalam kelasnya.

TIGA VARIAN PILIHAN

Menurut Nissan, aspek keselamatan turut menjadi prioriti menerusi teknologi Amaran Rempuhan Depan (FCW), brek kecemasan automatik (AEB), lampu utama adaptif dan 7 beg udara yang diberikan sebagai ciri standard. Kicks (2018) akan ditawarkan dalam 3 varian – Kicks S, Kicks SV dan Kicks SR. SUV subkompak ini dijangka dijual pada harga di bawah AS$19,000 (RM77,711) menjelang Jun 2018.

Melihat rekabentuk ditawarkan, rasanya tidak sukar Kicks menawan hati pembeli Malaysia jika model tersebut dibawa masuk ke negara ini. Apatah lagi jika dijual pada harga kompetitif seperti pesaing sedia ada, siapa lagi kalau bukan Honda HR-V.

Cantik dan berkenan?

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LAAS2017 Nissan Nissan Kicks Pameran Auto Los Angeles (2017) Roda4 SUV SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.