Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Tamatkan Tren Ekspres Selatan, Ganti dengan ETS
Auto Terkini

KTMB Tamatkan Tren Ekspres Selatan, Ganti dengan ETS

SyafieBy Syafie03/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTMB rasmi melepaskan tren terakhir perkhidmatan Ekspres Selatan pada 31 Disember 2025 di Stesen Keretapi JB Sentral.

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) rasmi melaksanakan pelepasan tren terakhir perkhidmatan Ekspres Selatan pada 31 Disember 2025 di Stesen Keretapi JB Sentral, sekali gus menandakan penamatan operasi perkhidmatan tersebut selepas hampir sembilan tahun berkhidmat kepada pengguna di sektor selatan.

Acara pelepasan tren bersejarah itu disempurnakan Pengurus Kanan Wilayah Selatan KTMB, Salim Misdi sebagai simbolik penutup operasi Ekspres Selatan yang menjadi nadi pengangkutan rel kepada ramai pengguna.

KTMB rasmi melepaskan tren terakhir perkhidmatan Ekspres Selatan pada 31 Disember 2025 di Stesen Keretapi JB Sentral.
KTMB rasmi melepaskan tren terakhir perkhidmatan Ekspres Selatan pada 31 Disember 2025 di Stesen Keretapi JB Sentral.

Sepanjang tempoh operasi, perkhidmatan Ekspres Selatan memainkan peranan penting dalam menghubungkan Gemas dan Johor Bahru, selain menyokong keperluan mobiliti harian penumpang melibatkan urusan kerja, pendidikan dan perjalanan antara bandar.

Laluan Berkembar Elektrik Pemangkin Perubahan

KTMB rasmi melepaskan tren terakhir perkhidmatan Ekspres Selatan pada 31 Disember 2025 di Stesen Keretapi JB Sentral.
KTMB rasmi melepaskan tren terakhir perkhidmatan Ekspres Selatan pada 31 Disember 2025 di Stesen Keretapi JB Sentral.

Menurut KTMB, peralihan itu selari kesiapsiagaan infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru, yang membolehkan pengendali rel negara itu mengoptimum penggunaan aset dan menstruktur semula perkhidmatan rel secara lebih efisien.

Ekspres Selatan Diganti ETS

ETS ganti Ekspres Selatan

Sehubungan itu, perkhidmatan Ekspres Selatan akan digantikan dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menawarkan perjalanan lebih moden, selesa dan pantas.

KTMB memaklumkan ETS akan beroperasi dengan kekerapan hingga lapan perkhidmatan sehari, selain masa menunggu lebih singkat di stesen, sekali gus meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang di laluan selatan.

KTMB Hargai Sokongan Penumpang

KTMB merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penumpang atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh operasi Ekspres Selatan.

KTMB menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh perkhidmatan rel negara melalui penyediaan sistem pengangkutan yang efisien, mampan dan selari aspirasi mobiliti hijau bagi memenuhi keperluan pengangkutan awam masa depan.

SUMBER: FB KTM Berhad

Auto Terkini Electric Train Service (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Stesen Keretapi JB Sentral
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.