Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM SX-E 5 – Motosikal Off-Road Elektrik untuk Kanak-Kanak 3-10 Tahun
Roda2

KTM SX-E 5 – Motosikal Off-Road Elektrik untuk Kanak-Kanak 3-10 Tahun

AryonBy Aryon20/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM melancarkan motosikal elektrik (e-motosikal) kanak-kanak, SX-E 5 yang dikatakan mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan, dan bersedia berentap dengan pesaing sedia ada di pasaran, OSET MX-10.

Dengan ketinggian boleh laras, SX-E 5 disasarkan kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 10 tahun. Ada enam mod kuasa yang membolehkan penunggang kurang pengalaman untuk perlahan-lahan belajar cara mengawal e-motosikal ini.

BACA >>> Penunggang ‘Gojek Rwanda’ Wajib Guna Motosikal Elektrik

Jika menggunakan mod kuasa penuh (5kW), SX-E 5 mampu menghasilkan kuasa yang sama seperti jentera petrol SX 50. Namun apa yang istimewa, e-motosikal ini kurang penyelenggaraan dan deruman bunyi pula boleh dikatakan hampir tiada, sekali gus menjadikan model ini mesra jiran tetangga.

Sumber tenaga SX-E 5 datang daripada pek bateri litium-ion ringan yang dipasangkan pada frem motosikal untuk hantaran kuasa lancar pada motor elektrik 48V BLDC.

Motor elektrik dalam casis pula memiliki prestasi sama seperti jentera SX off-road yang ditunggang pelumba Red Bull KTM Factory Racing Team. Seiring dengan trenkuasa elektrik ialah teknologi fork udara WP XACT 35, termasuk absorber WP XACT dan dilengkapkan brek cakera premium, peg kaki besi tuang, bar hendal aluminium dan ergonomik lumba.

BACA >>> Ini Mungkin Motosikal Elektrik Paling Hodoh di Dunia

Pengarah Produk Off-Road Kanan KTM, Joachim Sauer berkata;

KTM SX-E 5 menawarkan casis premium, sama seperti semua model SX kami, tetapi juga aspek kebolehtunggangan. Terima kasih kepada motor elektrik kerana ia mudah untuk ditunggang, tetapi pada masa sama ia juga boleh jadi sangat pantas tanpa buat bising.

“Ciri boleh laras motosikal ini membolehkan penunggang kanak-kanak menggunakannya selama beberapa tahun kerana mereka membesar dengan cepat. Mereka juga boleh lebih bebas menguruskan motosikal, dan selain meletakkan minyak rantai, penyelenggaraan lain sangat minimum. Dari segi keselamatan, pasukan elektronik sudah bekerja keras untuk mencapai tahap tinggi.”

SX-E 5 dijadualkan di pasaran pada suku akhir tahun ini.

View this post on Instagram

The NEW KTM SX-E 5 | A revolutionary electric dirtbike for the champions of tomorrow! #KTM #ReadyToRace #KTMSXE5 #SXelectric

A post shared by KTM (@ktm_official) on Sep 19, 2019 at 2:19am PDT

Auto Terkini e-Motosikal EV Joachim Sauer Kenderaan Elektrik (EV) KTM KTM SX-E 5 motosikal elektrik off-road roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Adventure Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.