• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ini Mungkin Motosikal Elektrik Paling Hodoh di Dunia

Ini Mungkin Motosikal Elektrik Paling Hodoh di Dunia

August 8, 2019 By Aryon 1 Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dan kereta elektrik dari China, NeuWai mengumumkan akan menghasilkan barisan model cruiser elektrik yang dimulakan dengan sportster MF104 dan touring MT104.

Asasnya, motosikal elektrik ditampilkan dalam dua gaya rekabentuk, sama ada futuristik atau kekal dengan rekaan konvensional jentera petrol, misalnya Energica Eva. Namun, rekabentuk dua model baharu NeuWai sangat keterlaluan walaupun sekali imbas ia dilihat menjadikan Harley-Davidson sebagai ilham.

BACA >>> Energica Ego Sport Black - Sportbike Elektrik dengan Pecutan Jentera Lumba, 241kmj!

NEUWAI MT104
NEUWAI MF104

Kedua-dua motosikal elektrik itu dikuasakan bateri 19kWh dengan motor 25kW untuk MF104 dan 20kW (MT104). Menurut NeuWai, jarak tunggangan dua model itu adalah sekitar 130km. Halaju maksimum MF104 mampu pergi setinggi 200kmj, manakala MT104, 150kmj.

Walaupun nampak seakan model prapengeluaran, tetapi menurut laporan Electrek, NeuWai ialah jenama yang dimiliki gergasi pembuatan China, Sunguo Motors, dan ia sepatutnya sudah siap untuk dipasarkan seawal tahun depan.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Hujan, Tidak Ribut, Motosikal Elektrik Ini Tiba-Tiba Terbakar

Apa yang mungkin membuka mata pemerhati dunia permotoran adalah motor itu mampu meledakkan tork mencecah 700Nm! Angka itu menyamai sebuah supercar. Jika benar, ia memerlukan sistem kawalan sofistikated dan ciri anti-wheelie supaya roda kekal bergerak atas jalan dan tidak terbang ke langit. 😅

BACA >>> Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

GALERI
neuwai-mf104-dan-mt104-china
NEUWAI MT104
NEUWAI MT104
neuwai-mt104-china-1
neuwai-mf104-dan-mt104-china-1
neuwai-mf104-dan-mt104-china-2
NEUWAI MF104
NEUWAI MF104
neuwai-mf104-china-1
neuwai-mf104-dan-mt104-china-3
neuwai-mf104-dan-mt104-china-4
neuwai-mf104-dan-mt104-china-5

SUMBER: Electrek

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Cruiser Elektrik, Energica Eva, Harley-Davidson, motosikal elektrik, motosikal EV, NeuWai

Comments

  1. Azwin says

    August 11, 2019 at 6:53 AM

    kmpj @ km/j bukan kmj. Dah bertahun kot tak betul2 jugak :p

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my