Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM Malaysia Lancar 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT (2019), Harga Mula RM78k
Roda2

KTM Malaysia Lancar 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT (2019), Harga Mula RM78k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM MALAYSIA memperkenalkan dua model serentak ke pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan peminat jenama itu. Model 2019 tersebut ialah 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT.

Berikut maklumat ringkas mengenai dua model tersebut:

1. KTM 790 ADVENTURE

  • Model dual-guna ini menawarkan keselesaan dan prestasi menerusi enjin 799cc LC8 DOHC Parallel Twin yang berupaya menghasilkan kuasa 94hp dan tork 88Nm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Pilihan enjin lebih kompak menyumbang kepada agihan berat lebih baik dan swingarm panjang untuk ekstra kestabilan.
  • Seperti enjin, bahagian frem dibuat lebih ringan dan kompak menggunakan material keluli molibdenum. Frem juga ditala supaya nisbah rigiditi menawarkan rasa sporty dengan respons mencukupi kepada penunggang.
  • Manfaat lain daripada paduan frem dan enjin baharu itu ialah ketinggian pelana rendah (850mm) selain rim 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang).
  • Hasilnya, berat bersih 790 Adventure hanya 189kg. Malah tangki minyak underslung menawarkan pusat graviti lebih rendah, sekali gus memberikan pengendalian stabil selain pergerakan yang bebas buat penunggang. Saiz tangki 20 liter menawarkan tunggangan sejauh 450km.
  • Bahagian suspensi ialah mantera kepada tagline ‘Ready to Race’ menerusi pemasangan fork terbalik (USD) WP 43mm (depan) dan penyerap hentak WP (belakang).
  • Ciri standard seperti terotel ride-by-wire, Kawalan Traksi Motosikal sudut miring (MTC), ABS Selekoh, ABS Off-Road dan Mod Tunggangan Off-Road.
  • Penunggang juga boleh memasang Pek Rally tambahan, termasuk mod Rally yang melaraskan tahap gelinciran roda belakang dan respon terotel mengikut permukaan off-road. Pilihan tambahan lain termasuklah  Quickshifter+ untuk tukaran gear dan tarikan klac lebih lancar dan lembut.
  • Seperti model KTM terkini, 790 Adventure juga dilengkapi paparan TFT warna penuh yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi aplikasi KTM MY RIDE.
  • KTM 790 Adventure dipadankan lampu depan LED terpisah bersama visor pengadang angin yang boleh dilaraskan ketinggian.
  • Ini ialah model import (CBU), harga 790 Adventure ialah RM 78,800 (tanpa insurans).

BACA >>> KTM 790 Duke CBU @ Sang Pisau Bedah Kini di Malaysia – RM64k Sahaja!

2. KTM 1290 SUPER DUKE GT

  • KTM 1290 Super Duke GT dijana enjin dikemas kini, iaitu generasi baharu 1,301cc 75o LC8 V-Twin yang lebih berkuasa menerusi penambahbaikan kebuk resonator, inlet injap titanium dan pemetaan baharu. Hasilnya jentera ini mampu menghasilkan kuasa 173hp dan tork 141Nm bersama padanan transmisi 6-kelajuan.
  • Tawaran tunggangan lebih lancar pada prestasi rpm rendah dalam apa juga julat enjin kini lengkap dengan fungsi Quickshifter+.
  • Perubahan terbesar ialah kemas kini skrin TFT 6.5 inci berwarna penuh yang  boleh dioperasi menerusi butang menu pada bar hendal kiri. Bagi model 2019, butang kawalan jelajah dipindahkan ke bar hendal kiri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Quick Shifter untuk Motosikal?

  • Satu lagi ciri baharu ialah sistem kunci kawalan jauh KTM Race On yang membolehkan anda menghidupkan enjin tanpa kunci.
  • Ciri kawalan stabiliti motosikal sudut miring bantuan IMU memberikan keyakinan tunggangan dan membrek dalam apa juga keadaan.
  • Penunggang boleh juga menambah mod tambahan Track untuk meneroka keupayaan penuh enjin LC8 dan casis. Tidak ketinggalan pilihan tambahan Kawalan Pegun Bukit (HHC) dan Regulasi Gelincir Motor (MSR).
  • Casis juga dipadankan dengan suspensi semi-aktif WP generasi baharu. Sensor baharu akan menganalisis parameter lebih besar dan disesuaikan dengan permukaan jalan untuk pengendalian lebih tepat.
  • Suspensi prabeban boleh melaraskan ketinggian dan casis mengikut keselesaan penunggang dengan hanya menekan butang khas. Penunggang boleh memilih nisbah damper menerusi: Comfort, Street dan Sport.
  • Tawaran KTM MY RIDE yang boleh disambung ke telefon pintar membolehkan pemilik memainkan muzik, navigasi dan menerima panggilan telefon.
  • Harga 1290 Super Duke GT ialah RM124,800 (tanpa insurans).

 

Dual-Purpose KTM KTM 1290 Super Duke GT KTM 790 Adventure ktm malaysia roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.