Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM Duke 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini – Sila Kumpul Duit Siap-Siap !!!
Roda2

KTM Duke 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini – Sila Kumpul Duit Siap-Siap !!!

Abang GYLBy Abang GYL31/05/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM 390 Duke 2017 Malaysia
BERITA baik buat mereka yang ternanti-nanti kehadiran KTM Duke 2017. Menurut sumber ‘orang kuat’ di KTM Malaysia, barisan model Duke 2017 iaitu 200 Duke, 250 Duke dan 390 Duke sah masuk Malaysia tahun ini.

Ketiga-tiga barisan model Duke tersebut dijangka menjengah pasaran tempatan sekitar suku ketiga atau keempat tahun ini (Julai – Disember 2017). Namun tarikh tepat tidak dinyatakan oleh sumber berkenaan. Begitu juga maklumat harga, di mana sumber tersebut tidak mendedahkan tanda harga bagi ketiga-tiga model itu. Kami menjangka harga jualan berlegar sekitar versi sedia ada di pasaran sekarang.

Apa yang pasti, kedatangan ketiga-tiga model KTM Duke 2017 bakal menggembirakan mereka yang memang ternanti-nanti kehadiran motosikal buatan Austria itu. Sebelum menanti ketibaan tiga beradik itu, apa kata kita lihat dahulu apakah keistimewaan KTM Duke 2017;

1. KTM 390 DUKE 2017

KTM 390 Duke

Model KTM 390 Duke 2017 pertama kali dipamerkan pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2016. KTM 390 Duke 2017 tampil dengan imej agresif menerusi segudang ciri serba baharu. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk badan yang mirip abang besarnya, KTM 1290 Superduke dengan rekaan lampu depan diasingkan kepada dua.

Perubahan paling ketara ialah bahagian frem yang dilakukan bagi menambah baik pengendalian prestasi jentera ini. Malah, motosikal naked ini 10kg lebih ringan dengan berat keseluruhan 149kg berbanding model terdahulu. Bahagian enjin masih kekal sama, yakni 373cc silinder tunggal dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 44hp dan tork 37Nm.

BACA>>> #EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

2. KTM 200 DUKE 2017

Berlainan pula dengan KTM 200 Duke 2017, ia masih mengekalkan gaya lama dengan desain grafik yang dikemas kini. Motosikal ini mampu menghasilkan kuasa 24.7hp pada 10,000rpm dan tork 19.2Nm pada 8000rpm. Bahagian roda disembur warna jingga supaya tampil sporty, manakala rekabentuk lain masih kekal sama dengan edisi MY 16.

BACA >>> KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan – Harga Bermula RM115,000

3. KTM 250 DUKE 2017

KTM 250 Duke Malaysia

Lampu depan KTM 250 Duke 2017 pula tidak didatangkan dengan ciri LED, serta tidak dilengkapi skrin TFT bagi mengurangkan kos. Dijana enjin 250cc silinder tunggal dengan penyejukan cecair, motosikal ini berupaya menghasilkan kuasa 29.5hp dan tork 24Nm. Frem juga masih sama dengan 390 Duke, manakala brek cakera depan sedikit kecil dengan ukuran 300mm.

GALERI

KTM 390 Duke
KTM 390 Duke 2017
KTM 250 Duke Malaysia
Harga KTM 200 Duke 2017 Harga KTM 250 Duke 2017 Harga KTM 390 Duke 2017 KTM 200 Duke (2017) KTM 200 Duke 2017 Malaysia KTM 250 Duke (2017) KTM 250 Duke 2017 Malaysia KTM 390 Duke (2017) KTM 390 Duke 2017 Malaysia KTM Duke 2017 ktm malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    1 Comment

    1. Jag on 16/09/2017 19:52

      Buatan India bukan Austria.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.