Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kisah Zahidah dan Proton Saga, Sudah Pandu Lebih 126,00km, Termasuk Buat Grab
Auto Terkini

Kisah Zahidah dan Proton Saga, Sudah Pandu Lebih 126,00km, Termasuk Buat Grab

Han OthmanBy Han Othman30/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN sedikit pemandu Malaysia yang sukakan Proton Saga yang diakui sebagai model jenama itu paling ikonik. Nur Zahidah Mazlan, 26, ialah salah seorang daripada sekian ramai pemilik Saga yang memiliki sedan mini itu sejak 2016.

Menariknya, Zahidah juga pernah memandu  Saga manual sebelum memilih Saga automatik sebagai kenderaan peribadi yang dipandunya hingga mencapai ratusan ribu kilometer, termasuk menjadikan sedan itu sebagai kereta Grab.

Jom kita sembang-sembang sikit dengan Zahidah tentang pengalamannya dengan Saga.

BACA >>> Misteri Saga FLX Tak Ada Pemandu Rempuh Bank Terjawab…
BACA >>> Proton Saga Anniversary Edition Lancar, Harga Kit Badan Penuh RM41k Sahaja

Bolehkah ceritakan latar belakang saudari?

Nama biasa dipanggil, Aida. Saya dibesarkan di Kelana Jaya, Selangor. Berusia 26 tahun dan sekarang berkhidmat sebagai pegawai rangkaian pembekalan di sebuah syarikat swasta yang menghasilkan alatan industri di Kota Kemuning, Shah Alam. Saya kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Dalam banyak pilihan, saudari pilih kereta manual sebagai kenderaan pertama. Sedangkan kalau diberikan peluang, ramai wanita lebih selesa kereta automatik. Pada pandangan saudari, apakah keistimewaan kereta manual?

Semasa mula pandu kereta sendiri, saya masih belajar peringkat ijazah di universiti tempatan. Sememangnya zaman belajar kita tiada banyak pilihan, jadi saya guna kereta abang, Saga BLM versi manual untuk ke tempat belajar dan latihan praktikal. Kereta manual ni fiil lain sikit. Dah lama pandu kereta CVT, rindu juga nak bawa balik kereta manual.

Bilakah saudari miliki kereta Saga auto? Sepanjang memiliki kereta itu, pernahkah ada masalah dengan kenderaan tersebut?

Saya memiliki Saga ini sejak dilancarkan, pada hujung Disember 2016, sama tarikh dengan hari lahir saya. Bulan Disember ini genap 4 tahun saya jadi pemilik bertuah Saga ini. Buat masa ini, jumlah perbatuan sudah cecah 126,000km, agak tinggi jika dibandingkan usia.

Setakat ini, tiada masalah langsung dengan Saga kecuali ada satu masa kereta tak dapat dihidupkan sebab bateri sudah sampai masa dan perlu tukar.

Saudari sekarang pandu Saga CVT auto. Berdasarkan pengalaman, antara manual dan auto, mana satu lebih hebat?

Bagi saya, kereta manual berikan banyak kepuasan dari segi pemanduan, tapi kalau dari segi keselesaan daripada kesesakan jalan bandar, kereta automatik pula jadi pilihan. Jika diberi pilihan, saya akan pilih kereta manual untuk perjalanan atas lebuh raya, dan automatik di bandar.

Saudari pernah bekerja sebagai pemandu Grab selama setahun dengan menggunakan Saga auto. Berdasarkan pengalaman itu, bolehkah ceritakan detik indah, dan kurang indah yang dialami?

Detik paling indah tentunya ketika dapat pelanggan ramah, dan beri input dan ilmu baru kerana saya jumpa macam-macam orang dengan latar belakang berbeza. Tip yang baik juga beri motivasi untuk memandu ketika itu.

Yang kurang indah, saya pernah hantar pelanggan dengan bayaran sangat tidak berbaloi, misalnya ke Cameron Highlands. Kos pergi dan balik tidak setimpal bayaran dikenakan, tetapi jadi pengalaman amat bermakna buat saya. Sempat juga beli jagung dan sayur segar dari sana sebelum balik.

Nasib baik Saga ada pemanduan dan sistem pengendalian baik. Tak terasa sangat jalan jauh dan berliku. Itu sebahagian pengalaman, belum lagi kisah pelanggan bawa haiwan peliharaan, barang hendak pindah rumah yang banyak dan mengotorkan kereta.

Kalau ada pembaca yang mahu guna Saga sebagai ‘Grab Car’, apa yang mahu saudari kongsikan?

Bagi saya, dengan ada model baharu dengan ciri dipertingkat dan harga lebih baik, tiada sebab untuk tidak pilih Saga sebagai kereta Grab. Apa penting, ruang but untuk isi barang kena cukup untuk pelanggan ke lapangan terbang.

Ramai pelanggan terkejut selepas naik kereta ini, mereka cakap ruang kabin selesa, dan dari belakang tidak nampak macam kereta Proton. Bangga jugalah bila dipuji.

Apakah ciri Saga yang saudari rasa mengagumkan, tetapi ramai tidak tahu?

Ciri Saga paling saya suka ialah ESC (Kawalan Stabiliti Elektronik). Sistem ini sangat penting apabila memandu ketika hujan, atau ada tumpahan minyak atas jalan.

Sistem elektronik yang aktif sepanjang masa ini membantu saya mengelakkan kemalangan. Ciri ini sangat diperlukan pemandu yang kerap berada atas jalan seperti pemandu Grab, terutama ketika hujan. Ciri ini sama macam insurans, kita susah nak hargai kecuali detik ia benar-benar membantu kita mengelakkan kemalangan.

Pada pendapat saudari, jika diberi peluang memiliki sebuah lagi kereta, apakah pilihan hati? Kenapa?

Saya suka rekabentuk Proton X50. Kod warna merah yang digunakan amat menarik, dan saya yakin ramai golongan wanita tertarik bukan sebab rupa luaran saja, tetapi juga teknologi seperti ciri parkir automatik. Mungkin bila ada rezeki lebih nanti, saya boleh jadi pemilik bertuah X50.

BACA >>> Apakah Beza Empat Varian Proton X50?

Rasanya, penting atau tidak kereta ada pilihan warna untuk menarik minat pembeli?

Sebagai wanita, saya rasa perlu. Dari segi warna, ada pembeli akan ikut trend semasa, dan ada juga pembeli pilih warna ‘evergreen’, atau warna sepanjang zaman. Saya pula suka warna selamat dan ‘evergreen’, jadi putih jadi pilihan. Tetapi, putih susah hendak jaga dan perlu kerap dicuci. Mungkin kereta saya selepas ini akan pilih warna lain.

Soalan peribadi. Semasa memandu di jalan raya, saudari jenis pemandu macam mana? Agresif? Selamba? Patuh undang-undang?

Saya jenis pemandu laju, terutama masa umur awal 20-an dulu. Tapi dari segi pemakaian tali keledar, patuh lampu isyarat, dan hal-hal yang melibatkan keselamatan, itu tiada kompromi. Cuma saya tak suka kalau pemandu depan bawa kereta perlahan sangat.

Kalau berdepan dengan ‘road bully’ apa reaksi saudari?

Kalau masa awal dapat lesen dulu, selalu juga rasa tercabar. Tapi bila usia dah meningkat, kesedaran terhadap keselamatan sangat tinggi sebab ada banyak kemalangan jalan raya setiap hari. Tidak berbaloi untuk kita korbankan nyawa sendiri dan orang lain.

Jalan raya dan keupayaan kereta kita biasanya tidak sesuai untuk berlumba. Kereta lumba setiap kali hendak berlumba akan tukar alat ganti macam pad brek dan sebagainya. Pemandu biasa macam kita, pad brek, dan tayar haus pun masih tak tukar, itupun ada hati nak berlumba.

Kondisi jalan dan kereta yang tidak sesuai untuk berlumba sebenarnya banyak mengorbankan nyawa.

Soalan peribadi dan soalan terakhir, apakah inspirasi saudari dalam hidup?

Dalam hidup ini kita perlu sentiasa bersyukur. Kalau kita susah, ada lagi yang lebih susah daripada kita. Kalau kita ada kenderaaan, walaupun tidak canggih dan mahal, ada orang yang hanya berjalan kaki ke sana-sini. Yang penting kita bahagia dan tidak membandingkan hidup kita dengan orang lain.

Cuma sentiasa ambil yang positif saja sebagai motivasi hidup.

Auto Terkini Nur Zahidah Mazlan Proton Proton Saga Proton Saga BLM Proton Saga BLM Manual
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

By Han Othman28/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.