• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kisah Suka Duka Karier MotoGP Marc Marquez Sejak Detik Hitam 2019

Kisah Suka Duka Karier MotoGP Marc Marquez Sejak Detik Hitam 2019

November 22, 2023 By Firdaus Khamaruddin Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS sedekad bersama Repsol Honda, seakan tidak percaya apabila pelumba sensasi Marc Marquez mengumumkan tidak melanjutkan kontrak bersama pasukan itu lagi musim depan.

Walaupun dikatakan menjadi anak emas HRC, 'Semut Cervera' itu memutuskan menyertai Gresini Racing Ducati untuk musim 2024 selepas tamat kempen MotoGP 2023.

Marquez dan HRC bersetuju menamatkan kontrak empat tahun setahun lebih awal, sekali gus menamatkan kolaborasi selama 11 tahun.

Marquez bergelut dengan prestasi sepanjang musim ini selepas menjalani lima pembedahan lengan sejak 2018. Artikel ini akan  menceritakan sedikit sebanyak sejarah pelumba Sepanyol itu dalam kancah Kejuaraan Dunia MotoGP. Apakah punca perpisahan Marquez dengan Repsol Honda?

2019 - Permulaan Titik Hitam

2019 ialah musim terakhir Marquez menjadi juara MotoGP

Pada 2019, Marquez meraih 18 podium Grand Prix (GP) secara konsisten di podium satu dan dua walaupun masih menjalani proses pemulihan bahu kiri akibat kecederaan serius hingga perlu dibedah pada November 2019.

Situasi itu memaksa beliau mengambil keputusan berehat sementara atas masalah bahu kerap terkehel (bahu kiri sama turut dibedah pada 2018).

Selepas merangkul kejuaraan kelas premier keenam dalam masa tujuh tahun, Marquez berazam memasuki musim 2020 sebagai pesaing terhebat era MotoGP moden.

2020 - Mimpi Ngeri Bermula

Ketiadaan Marquez, menyaksikan kemunculan juara baru, Joan Mir pada aksi MotoGP 2020.

Marquez mendakwa prestasinya hanya pada tahap 60- 70 peratus saja pada ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Losail (Qatar) kerana masih dalam proses pemulihan yang kini mengambil masa lebih lama daripada jangkaan.

Seperti jatuh ditimpa tangga, beliau sekali lagi ditimpa malang apabila jentera ditunggang kerap mendatangkan masalah untuk membolehkannya mengekalkan prestasi juara.

Malah adik kandungnya, Alex Marquez yang menyertai MotoGP sebagai pelumba HRC pada 2020 turut mengalami masalah sama. Marquez mendakwa jentera musim itu mengalami perubahan aerodinamik yang turut disedari semua pelumba Honda. Beliau juga dilaporkan gagal mendapatkan kecergasan seperti sebelum kecederaan.

COVID-19 - Permulaan Baharu untuk Pasukan Honda Susun Semula Strategi

MotoGP bermula kembali di Jerez, Sepanyol walaupun dengan jadual pendek. Marquez dapat kembali kepada kecergasan asal apabila meraih grid ketiga di GP Sepanyol.

Pada aksi final, ketika perlumbaan berbaki empat lap, Marquez sekali lagi mengalami kemalangan dan kali ini, tulang bahu kanannya patah, tetapi dilaporkan kembali berlatih selepas enam hari menjalani pembedahan.

Kemudian mimpi ngeri Repsol Honda pun bermula apabila plat tulang lengan Marquez kembali bermasalah. Marquez kembali untuk menerima pembedahan dan kali ini proses pemulihan itu mengambil masa lima bulan.

2021 - “Saat Paling Mencabar dalam Hidup”

marquez-crash-assen-gp-2021-1
marquez-crash-assen-gp-2021-2

Marquez terpaksa menarik diri sepanjang MotoGP 2021 untuk menumpukan proses pemulihan. Bagaimanapun, selepas dua aksi pembukaan GP Qatar, beliau mengumumkan kepulangan menjelang GP Portugal di Portimao, dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, dan meraih sembilan mata.

Walaupun tidak pulih sepenuhnya, Marquez memenangi tiga kemenangan selepas kembali ke trek MotoGP 2021. Namun, malang tidak berbau, beliau kemalangan ketika sesi latihan penghujung 2021 dan mengalami masalah penglihatan berganda (diplopia) yang berulang kembali.

2022 - Prototaip Baharu RC213V

HRC memperkenal prototaip Honda RC213V 2022 pada ujian pramusim MotoGP Sepang.

Jentera baharu itu dibikin khas buat semua pelumba GP Honda seperti Pol Espargaró, Alex Marquez, dan Takaaki Nakagami, termasuk Marquez sendiri.

Bagaimanapun, prototaip tersebut menjadi titik mula kepada masalah Marquez musim 2022. Prestasi jentera berkenaan dikatakan kurang efektif dalam semua aspek, termasuk memberi impak buruk kepada beliau.

Apabila Marquez kembali untuk ujian pra-musim 2022 di Sepang, beliau mengakui buntu dengan hala tuju pembaharuan RC213V baharu itu.

Aku beritahu doktor dan keluarga, kalau aku terus ride macam ini, aku cuma akan ride satu atau dua tahun lagi. Kerana aku tak seronok dan aku sangat kecewa." - Marquez

2023 - 'Sayonara' Honda

Gelaran juara dunia terakhir dilakukan Marquez empat tahun lalu, dan musim ini, beliau hanya mampu menamatkan 32 pusingan saja.

Pada ujian pramusim 2023, Marquez menjelaskan jentera baharu Honda belum bersedia dibawa ke MotoGP. Namun, beliau masih mampu melayakkan diri di tempat ketiga dalam sesi kelayakan Sprint pertama di GP Portugal.

Pada aksi GP itu, kesilapan ketika membelok mengejutkan ramai pemerhati apabila Marquez berlanggar dengan Miguel Oliveira (Aprilia Gresini) hingga kedua-duanya cedera. Beliau sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan, dan kali ini pergelangan tangan.

Selepas pulih, beliau kembali beraksi, tetapi gagal menamatkan perlumbaan dalam dua GP, iaitu di  Perancis dan Itali akibat terjatuh.

Sachsenring, Litar Paling Sukses buat Marquez, Juara 11 Kali

MotoGP 2021 adalah kali terakhir (11 kali berturut-turut) Marquez menjadi juara di Litar Sachsenring.

Mimpi ngeri Marquez dalam tempoh empat tahun dijangka berakhir di litar paling bertuah buat pelumba itu, iaitu di Sachsenring, Jerman.

Ini kerana beliau tidak pernah terlepas meraih podium juara, sebanyak 11 kali, yang juga paling tinggi dalam sejarah kariernya. Namun sesi latihan menceritakan sebaliknya apabila beliau terbabit kemalangan lima kali sepanjang ujian di litar tersebut, sekali gus mengakhiri kelayakan berlumba.

Pergelangan kaki cedera, dan jari patah, aku boleh terima. Tapi, tulang rusuk patah, ini menyakitkan terutama bila aku mula bernafas lebih, dan jadi lebih sakit" - Marquez

Adakah Marquez masih berminat memadamkan rekod legenda hidup Valentino Rossi yang memenangi kejuaraan MotoGP tujuh kali?

Ketika ini, beliau hanya ketinggalan satu kejuaraan untuk menyamai rekod pelumba Itali itu. Pendapat penulis, keputusan Marquez keluar dari HRC adalah kerana beliau tidak mahu lagi mengambil risiko kecederaan bersama Honda.

Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai pelumba yang bakal menggantikan pelana ditinggal Marquez di Repsol Honda.

Walaupun pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan mantan pelumba KTM MotoGP, Iker Lecuona pernah menjadi pelumba gantian Honda ketika Marquez cedera, tetapi masih tiada kata putus HRC mengenai calon pengganti beliau.

Aku akan merindui pasukan teknikal Repsol, HRC Honda kerana mereka pasukan utama dalam karier hidup aku" - Marquez

young marc marquez accompanied by his father
marc-marquez-bawak-motor-kecil
young marc marquez

Berikut pencapaian diraih Marquez dalam karier GP:

  • Mula berlumba pada usia lima tahun dalam perlumbaan motocross, dipantau bapanya, Julia Marquez.
  • Bersama Repsol Honda pada usia 23 tahun dengan mencatat sejarah pelumba termuda merangkul tiga kejuaraan kelas premier MotoGP, mengatasi rekod Mike Hailwood, 24, ketika memperoleh kejuaraan 500cc ketiga berturut-turut pada 1964.
  • Pelumba pertama dalam sejarah 69 tahun perlumbaan GP memenangi sekurang-kurangnya lima perlumbaan berturut-turut dalam tempoh lapan musim.
  • Pada 2016, MotoGP menobatkan Marquez sebagai pelumba termuda meraih tiga Kejuaraan Dunia MotoGP dengan lima gelaran semua kelas dalam tempoh sembilan musim.
  • Pada tahun berikut (2017), beliau memperoleh kejuaraan MotoGP keempat dalam tempoh lima tahun.
  • Marquez memecahkan rekod dipegang Hailwood sebagai pelumba termuda memenangi empat gelaran kelas premier.
  • Pelumba pertama dalam sejarah 69 tahun Grand Prix memenangi sekurang-kurangnya lima perlumbaan semusim dalam tempoh lapan tahun berturut-turut.

SUMBER: Crash.net, BBC, HRC Honda, Asphalt&Rubber, the-race.com, TheGuardian, motogp.com, CycleNews,

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Ducati, Grand Prix, Gresini Racing, Honda Repsol, HRC Honda, Julia Marquez, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev