• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Tidak Akan Sertai GP Valencia, Gegaran Otak Buat Penglihatan Berganda

Marquez Tidak Akan Sertai GP Valencia, Gegaran Otak Buat Penglihatan Berganda

November 10, 2021 By Wahid Leave a Comment

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA Dunia lapan kali, Marc Marquez tidak akan menyertai pusingan GP Valencia hujung minggu ini selepas disahkan pakar mata, Dr Sanchez Dalmau mengalami masalah penglihatan berganda.

Masalah penglihatan itu disebabkan gegaran otak akibat kemalangan ketika berlatih motocross. Kecederaan tersebut turut menyebabkan Marquez tidak dapat menyertai GP Algarve di Portugal hujung minggu lalu.

BACA >>> Marquez Cedera Lagi, Tarik Diri GP Portugal

Kenyataan akhbar Repsol Honda Team mengatakan, Marquez kini sedang berehat di rumah sejak kemalangan berkenaan dan melaporkan masih dalam kondisi tidak sihat. Justeru selepas menjalani ujian penglihatan dan hasilnya mendapati dia mengalami masalah diplopia.

Selain GP Valencia, pelumba Sepanyol itu juga terpaksa menarik diri daripada sesi ujian di litar Jerez dikelolakan Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) sebaik saja tamat pusingan GP Valencia. Tempatnya kini diambil alih penunggang uji Honda, Stefan Bradl (foto bawah).

Marquez, atau HRC sendiri tidak menyebut sama ada kemalangan terbaharu itu disebabkan lengan kanan pelumba itu yang masih belum sembuh sepenuhnya.

Jadi langkah terbaik buat Marquez adalah perlu berehat hingga sembuh sepenuhnya. Apapun, setiap pelumba yang berdedikasi dan bersemangat tinggi seperti Marquez pastinya mahu kembali berlumba secepat mungkin walaupun sebelum sembuh sepenuhnya.

Pelumba seperti Marquez memang tidak boleh duduk diam di rumah dengan hanya memerhatikan pelumba lain beraksi. Bukan kerana cemburu, tetapi itulah jiwa pelumba profesional. Come back stronger, Baby Alien! 

BACA >>> Marquez Tunai Janji Makan Donat Atas Podium Selepas Menang GP Amerika
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kecederaan 'Arm Pump' dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Artikel Berkaitan

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Baby Alien, Diplopia, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MM93, MotoGP 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!
    Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!
  • Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
    Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
  • Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
    Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
  • Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
    Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my