Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

Abang HirataBy Abang Hirata13/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia Seltos 2026

KIA India rasmi mengumumkan harga kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B, Kia Seltos 2026 serba baharu yang kini memasuki generasi kedua.

Kia Seltos 2026 menampilkan dimensi lebih besar dan rekabentuk lebih menonjol yang menetapkan penanda aras baharu dalam kelas SUV subkompak di pasaran India.

Rekabentuk Luaran Lebih Dominan, Progresif

Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026

Kia Seltos 2026 serba baharu dibina berasaskan bahasa rekabentuk Opposites United yang memberikan identiti SUV moden dan berkeyakinan.

Bahagian depan menampilkan rekabentuk Digital Tiger Face yang dipadankan lampu depan LED jenis Ice Cube dan fungsi Dynamic Welcome.

Antara ciri unik yang kali pertama diperkenalkan dalam segmen itu ialah hendal pintu jenis Automatic Streamline yang rata dengan badan kenderaan.

Profil sisi diserlahkan dengan penggunaan rim aloi Sporty Crystal Cut saiz 18 inci yang dilengkapi kaliper brek Neon. Dari belakang kelihatan spoiler yang disepadukan bersama wiper cermin tersorok.

Pelanggan ditawarkan 10 pilihan warna tunggal, termasuk dua warna baharu: Morning Haze dan Magma Red.

Kabin Premium Teraju Teknologi Digital

Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026

Ciri utama paling menonjol ialah Trinity Panoramic Display 30 inci yang menggabungkan kluster instrumen dan unit infotainmen dalam skrin paparan lengkung.

Sistem hiburan dilengkapi sistem audio premium Bose dengan lapan pembesar suara, manakala ciri lain diberikan idalah fungsi Smart Key Proximity Unlock, yang mana pintu dibuka automatik apabila kunci berapa berdekatan kereta.

Kia Seltos 2026

Tidak dilupakan konektiviti wayarles untuk Android Auto dan Apple CarPlay.

Keselesaan pemandu turut dipertingkat menerusi kerusi boleh laras elektrik 10-tetapan dengan fungsi lumbar, dan memori yang diselaras bersama tetapan cermin sisi pandang belakang luar  (Outsid Rear View Mirrow, ORVM).

Kabin Kia Seltos 2026 juga dilengkapi kerusi depan dengan sistem pengudaraan dan bumbung suria panoramik dua panel.

Platform Global K3, ADAS Tahap 2

Kia Seltos 2026 ialah model pertama di India yang menggunakan platform global K3 Kia. Arkitektur baharu itu meningkatkan ketegaran struktur keselesaan pemanduan dan menebat bunyi lebih baik.

Dari aspek keselamatan, Kia melengkapi SUV itu dengan 24 ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Bantu Daki Bukit (HAC).

Selain itu, Kia Seltos 2026 dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, teridiri daripada 21 ciri autonomi untuk bantuan pemanduan yang lebih meyakinkan dalam pelbagai kondisi pemanduan.

Trenkuasa Pasaran India

Kia India menawarkan tiga pilihan enjin utama, iaitu petrol aspirasi natural (NA), petrol turbo dan diesel.

  • Enjin petrol NA Smartstream G1.5: Menghasilkan kuasa lancar untuk pemanduan bandar dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan (6MT) atau transmisi variabel pintar (IVT)
  • Enjin petrol turbo Smartstream G1.5 T-GDI: Enjin prestasi tinggi dengan ouput kuasa lebih dinamik dalam pilihan transmisi manual pintar (6iMT) atau transmisi dual-klac 7-kelajuan (7DCT)
  • Enjin diesel 1.5L CRDi VGT: Fokus tork tinggi dan penjimatan bahan api untuk perjalanan jarak jauh dengan transmisi manual 6-kelajuan (6MT), atau transmisi automatik 6-kelajuan (6AT)

Harga, Pasaran

Harga jualan Kia Seltos 2026 serba baharu di India bermula 1.099 juta rupee (RM47,370) untuk varian asas, HTE petrol sehingga 1.99 juta rupee (RM86,160) bagi varian premium X-Line petrol turbo dan diesel automatik.

SUV tersebut dikilangkan di Anantapur, India. Sebagai makluman, harga kenderaan di India secara umum adalah rendah dan tidak boleh disamakan dengan pasaran luar.

Perbezaan itu disebabkan dinamika tempatan yang unik seperti kos pengeluaran domestik, struktur cukai, dan polisi automotif negara tersebut yang berbeza dengan duti import dan cukai di pasaran lain.

Tahukah anda, Kia Seltos 2026 pernah ditawarkan di pasaran Malaysia, dan dengan kehadiran pengurusan baharu Kia Sales Malaysia (KSM), adakah model itu bakal kembali?

Spesifikasi Teknikal Kia Seltos 2026 India

Kia Seltos 2026

  • Platform Global K3
  • Dimensi panjang 4,460mm, lebar 1,830mm, dan jarak roda 2,690mm
  • Enjin petrol Smartstream G1.5| petrol turbo Smartstream G1.5 T-GDI | diesel 1.5L CRDi VGT
  • Transmisi 6MT | 6iMT | IVT | 7DCT | 6AT
  • Ciri unit infotainmen Trinity Panoramic 30 inci, sistem audio Bose dengan 8 pembesar suara
  • Rim aloi 18 inci
  • Sistem keselamatan ADAS Tahap 2 dengan 21 ciri autonomi, 6 beg udara standard
Kia Seltos 2026 (foto pelancaran/Korea)
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos GT-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia India Kia Seltos Kia Seltos India Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.