Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Rio (2021) Facelift Kini Ada Enjin 1.0L Turbo dengan Hibrid Ringan (MHEV)
Roda4

Kia Rio (2021) Facelift Kini Ada Enjin 1.0L Turbo dengan Hibrid Ringan (MHEV)

Abang HirataBy Abang Hirata29/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Rio yang dipasarkan di negara kita bukan model biasa-biasa. Itu ialah model global yang dijual di banyak negara dunia, termasuk Eropah.

Bukan setakat Rio, kebanyakan model Kia tidak dibezakan mengikut rantau. Apa yang dijual di negara maju juga didapati di negara lain hingga Stinger pun boleh dibeli di pasaran tempatan. Perbezaan cuma spesifikasi dan ciri ditawarkan atas dasar perlu memenuhi keperluan regulasi sesebuah negara dan permintaan pasaran serta mengikut trend pesaing.

BACA >>> Kia Rio GT-Line (2018) dengan Gaya Lebih Sporty, Ada Karakter

Rio generasi keempat (YB) sudah berada di pasaran sejak 2017. Terbaharu, Kia baru saja memperkenalkan Rio (2021) versi dipertingkat (facelift) di Eropah.

Rupa luaran segak seperti sebelumnya yang menampilkan perubahan seperti gril ‘hidung harimau’ lebih tipis, dan bampar baharu agresif. Malah, semua model kini memiliki lampu utama LED penuh dan disepadukan lampu siang (DRL).

Ada dua warna baharu ditambah, iaitu Perennial Grey (kelabu) dan Sporty Blue (biru), menjadikan semua sembilan pilihan warna berbeza. Model ini juga ditawarkan dengan rim aloi baharu dengan lapan jejari.

Sementara itu, luaran Rio GT Line, yang juga varian paling sporty, tampil sama seperti model terdahulu, tetapi masih kekal menarik. Ruang kabin Rio dilengkapi skrin lebih besar bersaiz 8 inci, dan paparan digital 4.2 inci resolusi tinggi untuk kluster meter.

Pembeli juga ada pilihan skema warna baharu untuk beberapa bahagian seperti pad kerusi (bolster), papan pemuka dan perehat lengan. Rio GT Line didatangkan dengan kabin hitam dengan sulaman kontras pada kerusi dan aksen gentian karbon pada papan pemuka.

Berikut ciri keselamatan standard dan opsyen yang ditawarkan pada Rio (2021) facelift:

  • 6 beg udara, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Brek Belokan (CBC) dan Stabilliti Susur Lurus (SLS)
  • Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS), terdiri daripada:
    • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA) dengan Pejalan Kaki
    • Pengecaman Penunggang Sikal dan Kenderaan
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
    • Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW)
  • Ciri ini mengikut spesifikasi: Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA), Amaran Had Laju Pintar (ISLW), Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dan Bantuan Ikut Lorong (LFA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA) dan Amaran Penumpang Belakang (ROA)

TRENKUASA BAHARU – MHEV, CVVD

Mengenai trenkuasa, Rio (2021) facelift ialah model Kia pertama menggunakan enjin hibrid ringan, dipanggil mild-hybrid electric vehicle (MHEV).

Trenkuasa baharu EcoDynamics+ itu menggabungkan enjin baharu Smartstream 1.0L T-GDI dengan sistem MHEV 48V, menggantikan enjin lama Kappa 1.0L T-GDI, dan dipadukan bersama teknologi pemasaan enjin terkini, dikenali CVVD (Continuously Variable Valve Duration).

Enjin Smartstream menawarkan output kuasa sama seperti enjin Kappa, iaitu 98hp atau 118hp, tetapi memiliki tork 16 peratus lebih tinggi untuk varian 118hp, iaitu 200Nm. Sistem transmisi mengunakan unit iMT (intelligent Manual Transmission) dengan teknologi clutch-by-wire untuk penggunaan bahan api lebih baik dan emisi karbon lebih rendah.

Sementara itu, pengguna yang mahukan sistem lebih ringkas boleh memilih enjin konvensional Smartstream 1.0L T-GDI berkuasa 98hp tanpa MHEV, atau enjin 1.2L dengan teknologi DPI (Dual Port Injection) berkuasa 82hp, manakala  transmisi ditawarkan dalam opsyen manual 6-kelajuan dan dual-klac (DCT) 7-kelajuan,

Rio (2021) facelift dijadualkan memasuki pasaran Eropah pada suku ketiga 2020.

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Tentang Teknologi CVVD untuk Enjin Hyundai Baharu yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos

GALERI
hatchback hatchback segmen-B Kia Kia Rio Kia Rio (2021) Facelift Kia Rio 2020 Kia Rio facelift Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.