Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Proceed Concept yang Mengancam! Bakal Jadi Famili Cee’d Baharu
Roda4

Kia Proceed Concept yang Mengancam! Bakal Jadi Famili Cee’d Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata11/09/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEHEBATAN Kia dalam mendaki takhta pengeluar utama dunia memang tidak boleh dinafikan. Satu persatu model yang tampil menyentuh emosi dihasilkan. Tinggal lagi Kia perlu memenangi hati pasaran bagi menyaingi produk buatan pengeluar Jepun.

Bagi pasaran domestik, ketangkasan Kia memasarkan model-model baharu global boleh dipuji. Namun, ada lagi beberapa model yang tidak kurang juga menarik, tetapi tidak ditawarkan di Malaysia. Contohnya, Kia Soul, Niro, Cadenza, Carens baharu dan famili Cee’d.

Sebelum ini, kami ada paparkan artikel mengenai Kia Bakal Pamer Hot-Hatch Versi ‘Extended’ di Frankfurt? dan selang beberapa hari selepas itu, Kia mengumumkan model dimaksudkan tersebut, Proceed Concept.

Pasti hebat jika Kia menghasilkan model seperti digambarkan, sekali gus menguatkan faktor ‘wow’ yang sedia dipamerkan model Stinger. Apapun, model konsep itu akan didedahkan pada Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (IAA) 2017 yang bermula esok (12 September).

Apa yang menarik, Proceed Concept direka di bangunan Pusat Rekabentuk Eropah Kia yang terletak hanya 500 meter dari lokasi pameran IAA. Konsep rekaan Proceed itu ialah pertama seumpamanya untuk Kia yang mana pengeluar dari Korea itu menggunakan tema ‘extended hot hatch’ sebagai bayangan kepada model baharu Cee’d.

Menurut Ketua Pereka Eropah Kia Motors, Gregory Guillaume, rekaan sebegitu dipilih berasaskan cita rasa pelanggan Eropah yang mahu alternatif berprestasi tinggi untuk sebuah hot-hatch tradisional. Walaupun Proceed Concept banyak membawa elemen rekabentuk baharu, tetapi masih mengekalkan DNA Kia yang dibina sekian lama.

Antaranya, gril hidung harimau atau ‘tiger nose’, bonet arca ‘pulau’ daripada Stinger dan ciri lain yang memberikan identiti Kia. Selain itu, warna badan yang menyerlah ini dinamakan sebagai Lava Red. Ia dihasilkan dari gabungan warna hitam yang diadunkan dengan tangan, perak dengan efek krom dan juga lacquer red-tinted untuk kilatan yang berkilauan.

CEED YANG LAIN DARIPADA LAIN

Sementara itu, famili Cee’d sememangnya terdiri daripada model-model menggiurkan yang menyerlahkan sisi lain Kia sebagai pengeluar kereta massa. Malah, ada model hebat yang jika dibawa masuk ke negara ini dijangka bakal mengubah pandangan umum terhadap Kia.

Namanya, Kia Pro_Cee’d GT (foto bawah) yang menggunakan enjin 1.6 T-GDI Gamma, sama seperti Hyundai Veloster Turbo di pasaran Amerika. Kuasa maksimum dihasilkan model itu ialah 204hp dan tork 265Nm bersama sistem transmisi manual 6-kelajuan.

Gregory Guillaume kereta konsep Kia Kia Pro_Cee'd GT Kia Proceed Kia Proceed Concept Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.