Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Optima Facelift (2018) – Tambah Varian Enjin Baharu, Kemas Kini Gaya dan Trim
Roda4

Kia Optima Facelift (2018) – Tambah Varian Enjin Baharu, Kemas Kini Gaya dan Trim

Han OthmanBy Han Othman28/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAR tidak sedar sudah dua tahun Kia memperkenalkan Optima baharu. Kali ini muncul pula versi kemas kini atau facelift yang menyaksikan beberapa pembaharuan dibuat terdiri daripada penampilan bampar depan baharu (dan bampar belakang untuk versi sedan) dengan kemasan krom pada gril ‘hidung harimau’ (versi Malaysia sudah dikromkan) dan rupa baharu pada lampu utama, lampu belakang dan lampu kabus.

Ruang kabin diserikan dengan roda stereng baharu, trim krom-satin, dan pilihan upholsteri. Opsyen mod pacuan turut ditawarkan bersama pencahayaan ambien yang diubah automotik menerusi mod pacuan atau secara manual. Model GT Line dan GT menampilkan lampu kabus LED dengan aksen luaran hitam berkilat, trim dalaman baharu dan paip ekzos kembar.

BACA >>> Kia Optima GT – 2.0 Turbo 242hp, 350Nm – Kini di Pasaran!

Trim merah turut diperkenalkan pada model kemas kini ini dan pembeli juga boleh memilih jenis rim. Malah, Kia turut mengemas kini ciri teknologi bantuan pemanduan termaju.

ENJIN BAHARU – 1.6L, 177HP

Tetapi perubahan paling ketara ialah pilihan varian enjin baharu, iaitu 1.6L (menggantikan unit 1.7L) berkuasa 177hp yang mengisi dua lagi varian sedia ada, standard 2.0L dan model paling premium, GT (242hp). Kedua-dua versi sedan dan wagon akan terus ditawarkan dan akan didedahkan pada Pameran Motor Geneva, minggu depan sebelum berada di pasaran Eropah tahun ini.

Kia Kia Optima facelift (2018) Pamera Motor Geneva (2018) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

24/03/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

24/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

By Han Othman06/02/20192
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.