Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia EV9 ADVNTR Concept EV SUV dan PV5 WKNDR Concept EV Van Untuk Kembara!
Auto Terkini

Kia EV9 ADVNTR Concept EV SUV dan PV5 WKNDR Concept EV Van Untuk Kembara!

Abang HirataBy Abang Hirata06/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TERDAPAT dua perkembangan menarik mengenai Kia kebelakangan ini. Tanpa riuh rendah, Kia sebenarnya sudah mempunyai barisan kenderaan elektrik (EV) yang menyeluruh.

Barisan EV pengeluar Korea terdiri daripada Ray EV, Niro EV, EV6, EV9, EV5 dan EV3. Tinggal lagi Kia tidak mempunyai sedan.

Satu lagi ialah Kia sedang ‘pivot‘ ke dalam kenderaan pelbagai guna dan perdagangan elektrik PBV untuk pasaran antarabangsa.

Ini satu langkah yang betul dan jenama antarabangsa termasuk dari Jepun seperti Toyota dan Nissan sudah lama memberi tumpuan pada kenderaan perdagangan di Eropah. Kedua-dua jenama itu bergandingan dengan pengeluar lain untuk berkongsi model dan ditawarkan kepada pelanggan di sana.

Di kala pengguna sedang meminati gaya hidup luar dan lasak, Kia America memilih dua model elektrik iaitu EV9 dan PV5 (satu daripada model PBV) untuk diubah suai.

Amerika Syarikat sememangnya lubuk kenderaan lasak. Kedua-dua EV tersebut diberi nama EV9 ADVNTR Concept EV SUV dan PV5 WKNDR EV Van. Kedua-duanya memang sepadan dijadikan kenderaan aktiviti luar.

EV9 ADVNTR Concept diambil dari EV9 2025 dan dipasangkan bampar baharu untuk kegunaan lebih lasak. Lampu tiga baris dan lampu bumbung merupakan aksesori asas untuk pacuan empat roda meredah hutan.

Pendakap sisi juga ditukar dan badan EV9 dinaikkan tiga inci. Gabungan tayar lasak dan rim baharu menaikkan imej dan keupayaan EV9.

Rak bumbung dipasang untuk muatan tambahan atau ruang pemandu dan penumpang merehatkan badan di dalam khemah atas.

PV5 WKNDR EV Van pula diubahsuai daripada PV5. Sebelum itu, PBV Kia bermaksud Purpose Beyond Vehicles dan direka untuk perniagaan kecil dan penghantaran.

Apabila diubah suai, PV5 menepati tema ‘van life’ dan lebih lasak dengan badan yang ditinggikan dan tayar off-road. Pendakap lingkungan roda juga menambah gaya dan kegunaan off-road van ini.

Bahagian dalam jenis anjal dan modular untuk diubah mengikut keadaan dan keperluan yang bukan sahaja untuk berehat tetapi juga bertukar kepada dapur sambil menikmati suasana luar.

Di hutan di mana nak dapatkan tenaga elektrik tambahan? Atas bumbung dipasang panel solar dan menariknya roda turbin hidro unik yang boleh mengecas bateri.

Kia juga memasang kompresor untuk mengisi angin tayar atau mengembangkan tilam semasa berkhemah.

Kia EV9 ADVNTR Concept EV SUV:

EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV
EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV
EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV

Kia PV5 WKNDR Concept EV Van:

EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV & PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN

Kia EV9 ADVNTR Concept EV SUV dan PV5 WKNDR Concept EV Van:

EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV & PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV & PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV & PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
EV9 ADVNTR CONCEPT EV SUV & PV5 WKNDR CONCEPT EV VAN
Kia Kia EV9 Kia EV9 ADVNTR Concept EV SUV PV5 WKNDR Concept EV Van
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.