Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia PBV dengan Platform Multi-EV Masuk Pasaran Jepun Menjelang 2026
Roda4

Kia PBV dengan Platform Multi-EV Masuk Pasaran Jepun Menjelang 2026

Abang HirataBy Abang Hirata25/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda? Pasaran kereta di Jepun sukar ditembusi pengeluar asing dan cukup mencabar untuk mengekalkan keberadaan sesebuah jenama dari luar.

Antara cabaran perlu dihadapi adalah persaingan sengit, dinamika pasaran, cita rasa pengguna, peraturan keselamatan dan emisi dan rangkaian jualan dan khidmat selepas jualan.

Bagaimanapun, cabaran tersebut dapat diuruskan beberapa pengeluar asing dan menariknya Proton Satria Neo pernah dijual di sana.

Antara pengeluar yang menjual kereta di sana ialah Hyundai walaupun pernah mengundur diri pada 2014. Hyundai kembali pada 2022 dan setakat ini menawarkan kenderaan elektrik (EV) seperti IONIQ 5 dan IONIQ 5 N, Kona dan Kona N Line, termasuk model hidrogen Nexo FCEV.

Terbaharu Kia mendedahkan model Platform Beyond Vehicle (PBV) yang bakal ditawarkan di Jepun pada awal 2026 dan sudah menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan, Sojitz.

Pengembangan ke pasaran Jepun adalah salah satu tonggak penting terbaharu dalam strategi PBV global Kia selepas model konsep dan ekosistem PBV dipamerkan dan dibentangkan di Las Vegas, Busan dan Frankfurt.

Kia bakal membangunkan siri PBV khusus bagi memenuhi keperluan pelanggan di Jepun, dan model pertama itu ialah PV5 yang kini sedang dibangunkan sebagai model saiz sederhana bagi menepati keperluan pasaran di sana.

Kia turut merancang membangunkan ekosistem PBV menerusi kerjasama dan perkongsian dengan pelbagai syarikat tempatan. Satu lagi model iaitu PV7 akan menyusul selepas PV5.

PBV ialah kenderaan yang boleh dikeluarkan dalam pelbagai bentuk mengikut kegunaan pelanggan dan dibangunkan berasaskan platform PBV-EV khas.

Bagi memenuhi permintaan global, Kia membina Kilang EVO baharu yang canggih di Hwaseong, Korea, yang juga kilang PBV-EV khusus pertama syarikat itu.

Operasi Kia di Jepun

  • Kerjasama dengan Sojitz dijangka dapat meningkatkan kesedaran jenama dan meningkatkan jualan.
  • Sojitz ialah syarikat perdagangan umum utama di Jepun dan mempunyai perniagaan peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti jualan kenderaan, tenaga, logam, kimia, makanan dan pengedar Kia di Panama.
  • PV5 akan mula dijual di Jepun melalui rangkaian Sojitz pada 2026.
  • Langkah pertama menumpukan pasaran van EV di Jepun dengan jangkaan permintaan terus berkembang selain meneruskan kerjasama dengan syarikat tempatan berkaitan bagi menghidupkan pasaran dan mewujudkan ekosistem PBV melalui pelbagai kerjasama masa depan.
  • PV5 dilengkapi kaedah pengecasan CHAdeMO seperti EV lain di Jepun, selain teknologi Vehicle-to-Everything atau V2X dengan pengecasan dua hala.
  • PV5 akan menjadi pentas buat Kia menonjolkan perniagaan dan gaya hidup baharu kepada pelanggan.
  • Sebelum memulakan jualan PBV pada awal 2026, Kia akan giat mempromosi model dan ekosistem perniagaan PBV di pameran mobiliti bagi membolehkan pengguna merasai sendiri pengalaman itu.
Kia PV5 Concept 2024
Kia Kia PBV Kia Platform Beyond Vehicle (PBV) Platform Beyond Vehicle (PBV) Roda4 Sojitz
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.