Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
Roda4

Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!

Abang HirataBy Abang Hirata30/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL kereta popular di pasaran ada nama panggilan tersendiri. Misalnya model lama Volvo dikenali sebagai The Brick dan The Flying Brick dek kerana rekabentuk, ketahanan dan prestasi di jalanan.

Gaya berkotak sinonim dengan Volvo dan versi moden dapat dilihat pada model baharu EX90 yang diperkenalkan pada November 2022.

BACA >>> Kia EV6 GT Line versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM300k!
BACA >>> Kia Sorento (2023) Versi CKD Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM211k!

Melihat Kia EV9 (2023) yang baru diperkenalkan, rekabentuk berkotak nampaknya ada keunikan dan tarikan tersendiri. Model itu nampak begitu premium dan berjaya melonjakkan Kia sebaris jenama mewah lain.

Menariknya, Kia EV9 (2023) menggunakan trenkuasa elektrik yang mana rekabentuk begini mampu menarik pengguna untuk beralih dari kenderaan enjin pembakaran dalaman kepada kenderaan elektrik (EV).

‘Opposites United’

Kia hari ini berpegang pada falsafah rekabentuk ‘Opposites United’ dan Kia EV9 (2023) direka berasaskan tema ‘Bold for Nature’. Walaupun model baharu, EV9 sedikit sebanyak membawa pengaruh berkotak yan ada pada kenderaan utiliti sukan (SUV), Kia Telluride.

Rekabentuk berkotak bukan baru buat Kia yang boleh dilihat pada generasi terbaru Sorento dan sebelumnya.

Bahagian depan Kia EV9 (2023) tampil unik dengan rekaan gril Digital Pattern Lighting Grill dan lampu depan vertikal.

Elemen harimau yang dipegang sejak sekian lama diteruskan melalui Digital Tiger Face, manakala lampu siang (DRL) LED Star Map tampak menyerikan lagi gaya futuristik model ini.

Bahagian sisi Kia EV9 (2023) tidak kosong. Pasukan pereka Kia memilih gaya poligon dan bersegi. Kebiasaannya pereka akan menghasilkan permukaan beralun, tetapi Kia mengambil jalan berbeza dengan memperkenalkan hendal pintu rata (flush) yang menambahkan lagi kekemasan permukaan badan.

Rupa belakang dibiarkan bersahaja tanpa garis agresif atau palang krom melintang. Komponen menarik perhatian ialah lampu belakang bentuk langsing.

Tiga Baris Tempat Duduk

Ruang kabin Kia EV9 (2023) meneruskan falsafah ‘Opposites United’ dengan tema ‘Technology for Life’. Rekabentuk papan pemuka dibikin kemas dengan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci menempatkan pelbagai kawalan kenderaan.

Konsol tengah menawarkan praktikaliti dengan bahagian bawah disediakan ruang luas untuk simpanan barang.

Antara ciri menarik Kia EV9 (2023) ialah kerusi baris kedua boleh dipusing 180º menghadap penumpang baris ketiga. Posisi begitu mengingatkan kepada Naza Ria yang dijenamakan semula daripada Kia Carnival.

Selain 6-kerusi, Kia EV9 (2023) turut ditawarkan dalam varian 7-kerusi.

Electric Global Modular Platform (E-GMP)

Kia EV9 (2023) dibangunkan daripada Platform Modular Global-Elektrik (E-GMP) yang dikhaskan untuk produk EV Kia. Ini juga model elektrik terbaru Kia selepas Niro EV dan EV6.

Kia EV6 (2023) sudah pun dijual di pasaran tempatan pada harga kira-kira RM300,000. Kemungkinan juga, EV9 akan ditawarkan di pasaran tempatan.

BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

EV Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia EV9 Kia EV9 (2023) Platform Modular Global-Elektrik (E-GMP) Roda4 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.