Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Carnival 2024 Diperkenal Di Korea Selatan, Enjin 1.6 Hibrid Turbo, Jawapan Kepada Subsidi Diesel Bersasar?
Auto Terkini

Kia Carnival 2024 Diperkenal Di Korea Selatan, Enjin 1.6 Hibrid Turbo, Jawapan Kepada Subsidi Diesel Bersasar?

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DI DALAM segmen kenderaan pelbagai guna (MPV), Kia Carnival menjadi pilihan yang baik selain Toyota Alphard dan Vellfire.

Carnival dipasang di Kulim, Kedah dan pada 1 November 2023 Dinamik Jaya Motors mengemaskini penawaran dengan memperkenalkan model sebelas tempat duduk pada harga yang cukup menarik.

Carnival tersebut ditawarkan pada harga RM198,500 manakala dua lagi varian iaitu tujuh dan lapan tempat duduk masing-masing berharga RM259,888 dan RM245,888.

Ketiga-tiga varian digerakkan enjin 2.2 liter diesel turbo yang menghasilkan 199 kuasa kuda (hp) dan tork 440Nm dan dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan.

Carnival generasi keempat sebenarnya sudah berada di Korea sejak 2020 lagi dan model rupa baharu telah diperkenal pada 31 Oktober 2023.

Reka bentuk depan dan belakang langsung berbeza dan selari dengan model yang diperkenalkan sebelum ini seperti Morning (Picanto) dan Sorento.

Baru diperkenal di Korea bermakna ketibaan di pasaran tempatan mungkin memakan masa ditambah dengan program pemasangan tempatan yang melibatkan beberapa penyesuaian.

Seperti yang kita ketahui, Kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar untuk kenderaan diesel kecuali di Sabah dan Sarawak.

Harga diesel dengan subdisi ialah RM2.15 seliter dan kesan harga baru pasti dirasai pengguna termasuk pemilik Carnival.

Rekabentuk cantik, harga berbaloi tetapi mahukah anda membayar diesel pada harga tanpa subsidi?

Menariknya Sime Darby Auto Hyundai pada 4 November 2023 memperkenalkan Santa Fe pemasangan tempatan dengan enjin 1.6 liter hibrid turbo dan 2.2 liter diesel turbo.

Penawaran enjin hibrid itu dilihat pilihan baik ketika harga diesel dinaikkan.

Satu lagi yang menarik ialah, Carnival 2024 pasaran Korea juga ditawarkan enjin 1.6 liter hibrid turbo selain 2.2 liter diesel dan 3.5 liter petrol.

Kia memaklumkan enjin hibrid itu menawarkan kadar penggunaan petrol 14 kilometer per liter (km/l). Enjin menghasilkan 180 hp dan tork 265Nm. Sistem enjin dan elektrik pula berkuasa 245 hp dan tork 367Nm.

Sekali lagi untuk perbandingan, Carnival 2.2 liter diesel turbo menghasilkan 199 hp dan tork 440Nm. Berat Carnival ialah 2,129 kilogram (kg).

Sama ada enjin 1.6 liter itu berupaya memacu Carnival dengan bertenaga atau tidak perlu diketahui melalui pandu uji kerana penalaan enjin dan pemetaan kotak gear memainkan peranan penting.

Selain itu, Carnival pasaran Korea dilengkapi teknologi berasaskan motor seperti E-Ride, E-Handling dan E-EHA (Electrically Evasive Handling Assist) bagi meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan.

E-Ride meminimumkan gegaran Carnival dengan melaras daya kilas motor pacuan apabila melepasi jalan berbonggol atau memecut.

E-Handling meningkatkan tindak balas stereng dan keupayaan membelok dengan mengalihkan pusat graviti melalui kawalan pecutan dan nyahpecutan motor pacuan apabila memasuki dan keluar daripada laluan berselekoh.

E-EHA pula meningkatkan bebanan roda depan dan belakang apabila pemandu mengelak daripada pelanggaran depan. Kawalan itu meningkatkan keupayaan pengelakan dan kestabilan kenderaan selepas tindak balas pemandu.

Di Korea Selatan, Kia Carnival 2024 1.6 liter hibrid turbo dijual dari KRW39,250,000 (RM140,222) sehingga KRW96,500,000 (RM343,491).

Terdapat tiga pilihan tempat duduk iaitu empat, tujuh atau sembilan.

BACA >>> Kia Ray EV (2023) – ‘Kei-Car’ Korea dengan Jarak Pandu Hingga 233km, Harga Mula RM95k!

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Kia Sportage yang Lebih 7 Juta Unit Terjual, Kini Sudah 30 Tahun!

BACA >>> SUV Kompak Elektrik Kia EV5 (2024) Diperkenal di China dalam Gaya Kotak Mirip EV9

BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!

Kia Kia Carnival Kia Carnival 2024
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.