Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Carnival (2022) CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM233k!
Roda4

Kia Carnival (2022) CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM233k!

Han OthmanBy Han Othman28/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA
menerusi Dinamikjaya Motors Sdn Bhd selaku wakil pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia sebentar tadi melancarkan kenderaan utiliti besar (GUV), Carnival (2022) versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM233,988.

BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia
BACA >>> Kia EV6 GT Line versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM300k!

Carnival (2022) ialah model CKD pertama Kia yang dipasangkan di kilang Inokom di Kulim, Kedah di bawah wakil pengedar baharu. Berikut perincian mengenai GUV tersebut:

  • Ditawarkan dalam dua varian, 2.2D 8-seater dan 2.2D 7-seater dalam tiga baris tempat duduk pada harga seperti berikut:
    • 2.2D 8-seater – RM233,988
    • 2.2D 8-seater High – RM249,988
    • 2.2D 7-seater High – RM263,988
    • Harga atas jalan, persendirian, tanpa insurans.
  • Menampilkan rekabentuk identiti baharu Kia dengan karakter lebih menonjol dan atletik menerusi perincian dan keluasan diperhalusi.
  • Ini ialah model generasi keempat yang mengekalkan rekaan ‘muka harimau’ baharu dan disepadukan bersama gril signatur ‘hidung harimau’ dengan perincian dan kemasan krom lebih rapi.
  • Mendapat tambahan ciri keselesaan baharu untuk semua varian seperti lampu belakang kombi LED dan sistem bunyi BOSE dengan 12 pembesar suara.

  • Ciri inovatif dan unik turut ditawarkan seperti pintu gelongsor pintar Smart Power Sliding dan but kuasa pintar Smart Power Liftgate, serta Kunci Pintar dengan fungsi satu butang buka-tutup untuk pintu gelongsor belakang dan but.
  • Opsyen standard lain ialah rim aloi 18 inci, dwi-lampu depan LED, lampu siang (DRL) LED, unit infotainmen skrin sentuh resolusi tinggi (HD) 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas telefon pintar wayarles dan 7 port USB.
  • Tambahan ciri lain ialah kerusi pemandu dengan fungsi memori, kerusi dengan ciri pemanas dan ventilasi, kluster instrumen digital 12.3 inci, lampu kabin LED, monitor paparan keliling, dan dua bumbung suria kuasa.
  • Varian 7-seater High dilengkapkan kerusi kulit, dan kerusi Premium Relaxion dengan konfigurasi ruang tengah untuk keselesaan dan kemewahan penumpang baris kedua.

  • Aspek keselamatan atas jalan turut dititikberatkan menerusi teknologi keselamatan termaju seperti Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW), Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Susur Lorong (LFA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA) dan Kawalan Jelajah Pintar (SCC).

  • Seiring ciri keselamatan tinggi, GUV ini dibina berasaskan platform yang lebih ringan dan kuat menggunakan keluli ultra kekuatan tinggi dan komponen tera panas (hot-stamped) bagi meningkat purata kekuatan tegangan dan kekakuan torsi untuk dinamik pemanduan lebih baik.
  • Aerodinamik roda, bampar depan dan cermin ditambah baik turut menyumbang kepada kecekapan bahan api lebih baik.

  • Dijana enjin 2.2L Turbo Diesel berkuasa 199hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750-2,750rpm yang dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dikawal penganjak elektronik E-Shift.
  • Padanan enjin dan transmisi memberikan pemanduan yang lancar, pecutan linear dan pengalaman pemanduan berprestasi.
  • Ada lima pilihan warna ditawarkan: Astra Blue (biru), Sonic Silver (perak), Jet Black (hitam), Snowflake White Pearl (putih) dan Meteor Gray (kelabu).

Carnival (2022) CKD kini dibuka untuk tempahan dan setiap pembelian dipakejkan bersama waranti kilang 5 tahun  dan had perbatuan 100,000, mana satu tiba dahulu. Pembeli juga mendapat faedah servis percuma 5 tahun, atau had perbatuan 100,000km, mana satu tiba dahulu.

BACA >>> #PanduUji: KIA Carnival Bukan ‘Peti Ais’ Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga
BACA >>> Kia Carnival (2020) dengan Penampilan Ala SUV dan Pilihan Enjin Diesel, Petrol

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd Grand Utility Vehicle (GUV) Kenderaan Utiliti Besar (GUV) Kia Carnival (2022) CKD Kia Malaysia Kilang Inokom Kulim Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.