Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Bakal Pamer Hot-Hatch Versi ‘Extended’ di Frankfurt?
Roda4

Kia Bakal Pamer Hot-Hatch Versi ‘Extended’ di Frankfurt?

Abang HirataBy Abang Hirata03/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Motors kini giat melancarkan model-model baharu hingga terasa seperti setiap bulan ada saja pelancaran dibuat. Sebelum ini, Kia mendedahkan model pengeluaran Stonic yang berada dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak.

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt 2017 pada 12 September ini, Kia bakal mendedahkan model konsep baharu yang dirujuk sebagai hot-hatch lanjutan (extended hot-hatch). Aneh juga terma tersebut, apakah model dimaksudkan itu ialah sebuah wagon, fastback atau shooting brake? Namun, jika melihat foto disiarkan, memang nampak mengagumkan.

BAYANGAN MODEL CEE’D


Menariknya, model konsep itu bakal ditayangkan kepada umum hanya 500 meter dari Pusat Rekabentuk Eropah Kia yang terletak begitu hampir dengan Dewan Pameran Frankfurt, Jerman. Rekabentuk model konsep tersebut membayangkan model Cee’d generasi baharu dengan rekaan badan unik yang belum pernah digunakan mana-mana model Kia terdahulu.

Kia gigih melancarkan model baharu kerana platform dan nadi kuasa model-model dilancarkan pengeluar dari Korea Selatan adalah berkongsi sama dengan syarikat induknya, Hyundai.

Malah, model-model baharu Kia menampakkan peningkatan kemajuan yang membanggakan. Lihat saja Kia Stinger, Stonic dan Picanto baharu. Mungkin Naza Kia, selaku pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia boleh menyemak semula pakej ditawarkan pada Kia Rio yang nampak agak ke belakang berbanding pesaing lain dalam segmen sama.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia c'eed Kia Motors Pameran Motor Frankfurt 2017 Roda4 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.