Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Anjur Program Perantis Juruteknik untuk Bekas Tentera Amerika
Auto Terkini

Kia Anjur Program Perantis Juruteknik untuk Bekas Tentera Amerika

Abang HirataBy Abang Hirata01/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA AMERICA
mengumumkan Program Perantisan Juruteknik Veteran Kia (KVTAP) untuk bekas tentera (veteran) dengan peluang menjadi juruteknik terlatih Kia.

Kia America akan bekerjasama dengan Educational Resource Systems (ERS) dan pengedar Kia bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas tentera yang layak untuk menjadi juruteknik Kia.

Latihan untuk bekas tentera adalah amalan biasa dilakukan pengeluar automotif di sana dan pernah ditawarkan Hyundai, Ford, Mercedes-Benz, BMW dan General Motors (GM).

Program ini kelihatan bagus dan boleh disesuaikan di negara kita ketika kenderaan baharu mencatatkan jualan ratusan ribu setiap tahun. Tahun lalu jualan kenderaan (penumpang dan komersial) mencatatkan angka tertinggi dalam sejarah iaitu 720,658 unit atau peningkatan 41.6 peratus berbanding 2021!

Program Kia itu direka khas untuk bekas tentera dan keperluan mereka yang berasaskan kompetensi selama setahun untuk melayakkan peserta menerima pensijilan Kia Service Technician.

Justeru peserta akan mendapat akses peralatan, kelengkapan, kenderaan dan latihan yang diperlukan bagi menghabiskan proses perantisan dan pensijilan. Selepas layak, peserta berpeluang berkhidmat dengan pengedar Kia.

Satu lagi keistimewaan, bekas tentera yang layak boleh memohon dan menerima Elaun Perumahan Bulanan GI Bill dalam tempoh latihan (menunggu kelulusan Kerajaan Amerika Syarikat).

BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!
BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)

Auto Terkini Kia Kia America Kia Veterans Technician Apprenticeship Program Program Perantisan Program Perantisan Juruteknik Veteran Kia (KVTAP)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.