Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ketahui 20 Fakta Menakjubkan Tentang Bugatti Chiron, Berkuasa 1,476hp!
Roda4

Ketahui 20 Fakta Menakjubkan Tentang Bugatti Chiron, Berkuasa 1,476hp!

Han OthmanBy Han Othman18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUGATTI Chiron melakukan debut di Pameran Motor Geneva 2016 sebagai pengganti Veyron (2005) yang ditamatkan pengeluaran pada 2015 dengan jumlah jualan keseluruhan 450 unit seluruh dunia.

Bersama kelajuan yang dihadkan kepada 432kmj untuk kegunaan atas jalan, Chiron menawarkan apa yang ada pada jentera seperti Aston Martin, Ferrari, McLaren dan Porsche yang dapat dinikmati daripada segenap sudut.

Lihat saja sedutan video pertama Chiron di atas yang jelas membangkitkan keterujaan di kalangan peminat Bugatti, terutama babak selepas minit 1:06 yang menampilkan aksi mengasyikkan jentera berkuasa 1,476hp itu.

Sekarang mari kita ketahui pula 20 fakta menakjubkan tentang Bugatti Chiron:

1. Bernilai sekitar £2.5 juta (RM13.8 juta), lebih sekali ganda harga Veyron.

2. Cuma 500 unit dibina, dan separuh sudah pun dijual.

3. Enjin 8.0L W16 daripada Veyron ditala semula dengan empat pengecas turbo dua tahap dan 32 injektor.

4. Kuasa maksimum ialah 1,476hp, berbanding Veyron (987hp).

5. Tork maksimum 1,598Nm, berbanding Veyron (1,250Nm).

6 Bagi menggambarkan kehebatan Chiron, jentera itu dikatakan dua kali lebih berkuasa – 123 peratus lebih kuat, tepat – berbanding Ferrari 488 GTB terbaharu, menurut James May dalam Driving.co.uk.

7. Chiron memang cukup pantas hingga kelajuan tertinggi terpaksa dihadkan kepada 420kmj untuk kegunaan atas jalan, 12.8kmj lebih pantas berbanding Veyron. Khabar angin mengatakan supercar itu mampu memecut lebih 450kmj, dan Bugatti mendakwa akan cuba memecahkan rekod Guiness World Record sebagai Kereta Pengeluaran Terpantas di dunia pada 2018.

8. Setiap Chiron ada dua kunci, satu untuk kelajuan hingga 379kmj, dan satu lagi ialah kunci ‘Bugatti Speed’ untuk digunakan ketika cuba mencapai kelajuan maksimum.

9. Jika anda pedulikan tentang angka, Bugatti mendakwa Chiron mampu memecut 0-100kmj sepantas di bawah 2.5 saat, 0-200kmj di bawah 6.5 saat dan 0-300kmj di bawah 13.6 saat.

10. Ketika memecut laju, lebih 60,000 liter udara dan 800 liter air dipam ke dalam enjin setiap minit.

11. Casis gentian karbon monokok lebih kuat berbanding kereta lumba LMP1 Le Mans.

12. Kawasan permukaan pada 6 penukar pemangkin, yang mampu memerangkap partikel berbahaya dalam sistem ekzos, berukuran 230,266 meter persegi dan bersamaan 30 padang bola.

13. Kotak gear klac-dual 7-kelajuan Chiron memiliki klac paling besar dalam mana-mana kereta pengeluaran.

14. Casis adaptif baharu Chiron menawarkan 5 mod pemanduan, termasuk satu mod yang direka untuk mendrift, siap dengan seretan tayar dan kepulan asap.

15. Semua gentian karbon dalam pembinaan casis Chiron, jika dibentangkan adalah bersamaan 9 kali jarak antara bumi dan bulan.

16. Ruang kargo sudah ditingkatkan berbanding Veyron, tetapi masih sangat kecil dengan kapasiti cuma 44 liter, lebih kurang ruang simpanan dalam pesawat penerbangan.

17. Pada kelajuan 399kmj, daya emparan (centrifugal force) pada setiap tayar adalah bersamaan 3,800 kali daya graviti.

18. Lencana Bugatti ‘Macaron’ pada gril adalah seberat 150g, termasuk 140g perak.

19. Volkswagen yang memiliki Bugatti bertanggungjawab merekabentuk dan membina platform ujian bagi enjin baharu yang mampu menampung tekanan enjin berkuasa 1,476hp.

20.  Jaket boleh digantung pada dua cangkuk berkualiti tinggi di belakang kerusi.

GALERI

autotainment Bugatti Bugatti Chiro Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.