• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Penunggang Basikal Maut: Polis Perhebat Pantau Aktiviti Berbasikal di Putrajaya

Kes Penunggang Basikal Maut: Polis Perhebat Pantau Aktiviti Berbasikal di Putrajaya

December 28, 2020 By Azizi H Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti berbasikal di Putrajaya berikutan kemalangan maut melibatkan seorang penunggang basikal, baru-baru ini.

Dalam insiden yang berlaku jam 9.40 pagi pada 19 Disember lalu, seorang penunggang basikal wanita berusia 34 tahun dari Subang Jaya, Selangor maut akibat dilanggar lori di Jambatan Putrajaya yang juga laluan ke Presint 8, Presint 9 dan Presint 10.

kemalangan-penunggang-basikal-putrajaya-1
kemalangan-penunggang-basikal-putrajaya-2

Sejak Januari hingga Oktober tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 137 kes kemalangan membabitkan aktiviti berbasikal di jalan raya. Daripada jumlah itu, 56 kes membabitkan kematian, 18 cedera parah dan 63 cedera ringan.

Justeru PDRM akan menggandakan operasi pemantauan di sekitar pusat kerajaan, termasuk di kawasan menempatkan bangunan pentadbiran. Operasi pemantauan ini adalah susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang basikal di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya sebelum ini.

Pemantauan akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua penunggang basikal mematuhi peraturan lalu lintas.

Penunggang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang melulu, Seksyen 79(2) akta sama kerana gagal mematuhi papan tanda lalu-lintas dan Seksyen 112(3) akta sama kerana melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

BACA >>> Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?
BACA >>> Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea

SUMBER: HarianMetro

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktiviti Berbasikal, auto terkini, Penunggang Basikal, Penunggang Basikal Maut, Penunggang Basikal Putrajaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my