Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Buatan China Lebih Bagus daripada Eropah?
Auto Terkini

Kereta Buatan China Lebih Bagus daripada Eropah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMA dahulu, orang China tidak membina apa-apa kecuali kereta murah dan kurang berkualiti. Tetapi, kini segalanya berubah. Buktinya, Volvo baru-baru ini mengatakan kenderaan buatan negara Komunis itu sebenarnya lebih hebat dari segi kualiti berbanding model yang dihasilkan di Eropah.

Dalam interviu dengan portal GoAuto Australia, Naib Presiden Kanan Rekabentuk Volvo , Robin Page mengakui kebimbangan umum tentang keputusan pengeluar Sweden itu untuk menghasilkan banyak kenderaan di China.

“Apa yang kami dapati ialah kualiti kereta sebenarnya lebih baik di China berbanding Eropah. Semua orang bimbang tentang kualiti, tetapi sebaik saja mereka bermula, kualiti lebih tinggi berbanding Eropah,” kata Page.

KURANG BERGANTUNG KEPADA AUTOMASI

Page berkata, kilang Geely di China menghasilkan kenderaan bermutu tinggi kerana kurang bergantung kepada automasi dan mempunyai toleran lebih ketat.

“Sejujurnya, jika bercakap tentang pembuatan (Eropah), mereka meletakkan begitu banyak automasi (robot) ke dalam sistem, anda tidak dapat penyelarasan manual. Mereka (di China) menggunakan lebih ramai pekerja, kurang automasi yang memberikan anda keupayaan untuk mengetatkan bahagian toleran, dan melakukan pelarasan lebih halus.

“Ia bukan perbezaan besar, tetapi jika anda buat skor-ke-skor dan purata, China cukup bagus dan kami tidak begitu bimbang,” katanya.

BACA >>> Lynk & Co 02 di Pasaran Dunia Selepas 2019 – Crossover Premium Buat Si Muda Bergaya

Volvo mula mengeksport kenderaan yang dihasilkan di China ke seluruh dunia sejak 2014 bermula model S60 generasi terdahulu. Selain itu, pengeluar itu turut memindahkan pengeluaran barisan sedan premium, S90 dari Sweden ke China pada penghujung 2016. Kenderaan lain dari Geely, termasuk barian model elektrik (EV) Volvo dan Lynk & Co juga akan dibina dan dieksport dari China.

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini China Geely Robin Page Roda4 Volvo Volvo China
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.