Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai
Auto Terkini

Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai

WahidBy Wahid31/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Negeri Sembilan bercadang memohon Kerajaan Pusat membina kawasan letak kereta yang sesuai di Lebuhraya Temiang-Pantai yang menjadi tarikan ramai pengguna lebuh raya di situ.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat, aktiviti santai di lorong kecemasan lebuh raya, yang digelar ‘New Zealand’ itu nyata mengundang bahaya. Beliau berkata;

Kita tidak menyangka kawasan di lebuh raya Kerajaan Pusat itu menjadi tumpuan ramai ketika ini, untuk melihat keadaan gunung-ganang yang cukup menarik. Kita berasakan terdapat keperluan mewujudkan satu kawasan letak kereta demi keselamatan orang ramai dan pengguna lebuh raya itu.”

Justeru dia meminta agar Kerajaan Pusat membangunkan tempat berhenti yang sesuai dan selamat di lokasi tersebut.

Permintaan Menteri Besar itu dibuat berikutan tindakan peserta beberapa kelab kereta yang menghentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan untuk sesi berfoto hingga penganjur dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan keterangan.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, polis sudah mengambil langkah memantau lokasi tersebut, termasuk mengingatkan pengguna lebuh raya itu bahawa tindakan menghentikan kenderaan bagi tujuan bergambar adalah menjadi kesalahan.

Pengguna Lebuhraya Temiang-Pantai juga dingatkan supaya tidak membuang sampah di situ.

Projek Lebuhraya Temiang-Pantai menelan belanja RM181.5 juta yang menyediakan laluan empat lorong dua hala sepanjang 1.6km dan dua lorong dua hala sepanjang 5.84km.

BACA >>> Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap
BACA >>> Jadual Waktu Perjalanan (TTA) Tahun Baharu Cina untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

SUMBER: NSTOS.blogspot.com

Auto Terkini Datuk Seri Aminuddin Harun Lebuhraya Temiang-Pantai
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.