• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jadual Waktu Perjalanan (TTA) Tahun Baharu Cina untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

Jadual Waktu Perjalanan (TTA) Tahun Baharu Cina untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

January 26, 2022 By Farah Leave a Comment

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna lebuh raya merancang lebih awal perjalanan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi dengan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan.

Menurut PLUS, jumlah trafik harian dijangka meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan bagi tempoh 28 Januari hingga 6 Februari ini sempena musim perayaan nanti.

Ketua Pegawai Operasi  (CEO) PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan media menasihatkan pengguna menggunakan jadual TTA bagi mengurangkan kesesakan lebuh raya. Berikut jadual perjalanan dikongsikan:

  • Pengguna dari Lembah Klang ke utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak) dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum jam 10.00 pagi, termasuk pengguna ke Johor, atau arah selatan.
  • Pengguna berhampiran Lembah Klang dan negeri lain diminta memasuki lebuh raya selepas jam 1.00 tengah hari.
  • Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Johor dan negeri lain ke Lembah Klang digalakkan keluar sebelum jam 9 pagi.

Pengguna juga dinasihatkan memandu dengan selamat dan berwaspada ketika cuaca buruk, termasuk mendapat rehat dan tidur mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Jika berlaku sebarang kejadian, pasukan PLUSRonda juga sentiasa bersiap siaga membantu dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine, 1800-88-0000.

Bagi mendapat kemas kini trafik terkini, pengguna boleh menyemak kamera litar tertutup (CCTV) perancang perjalanan Aplikasi PLUS, Twitter PLUSTrafik dan P.U.T.R.I (PLUS Unique Texting Realtime Interface) serta papan tanda elektronik di lebuh raya.

BACA>>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Banyak Awal Tahun)
BACA>>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar (Walaupun 'Muslim Friendly') Boleh Kena Saman?

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jadual  Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), Jadual Perjalanan Pulang CNT 2022, Jadual TTA, Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS, Plus Malaysia, PLUS Malaysia Berhad, raya cina, tahun Baharu Cina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my