Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kementerian Cadang Ganti Istilah ‘Kemalangan’ dengan ‘Perlanggaran’ Jalan Raya
Auto Terkini

Kementerian Cadang Ganti Istilah ‘Kemalangan’ dengan ‘Perlanggaran’ Jalan Raya

Han OthmanBy Han Othman11/01/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan
bercadang memperkenalkan istilah ‘perlanggaran jalan raya’ bagi menggantikan ‘kemalangan’ dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna di jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya akhir tahun lalu supaya dapat memberikan maksud sebenar kesan perlanggaran sebagai punca utama kemalangan jalan raya.

“Kemalangan berlaku disebabkan faktor-faktor tidak disengajakan seperti keadaan jalan raya rosak, kenderaan gagal berfungsi baik meskipun sudah diservis, manakala perlanggaran disebabkan ‘kesilapan manusia’ atau ‘kecuaian pengguna jalan raya’ yang bersikap mementingkan diri.

“Penggunaan istilah perlanggaran di jalan raya dilihat mampu mengubah minda orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati ketika memandu. Istilah perlanggaran ini diperkenalkan supaya masyarakat lebih memahami tanggungjawab tertinggi ketika berada di jalan raya adalah penunggang motosikal atau pemandu kenderaan itu sendiri,” katanya dipetik Bernama selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 sempena Tahun Baharu Cina 2020 di Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.

Kamarudin berkata lagi, dalam Bahasa Inggeris juga kerap menggunakan istilah kemalangan sebagai ‘crash’ berbanding ‘accident’. Jadi beliau menegaskan, cadangan itu adalah sebagai peringatan supaya pengguna jalan raya tidak mementingkan diri bagi mengurangkan risiko kemalangan.

STATISTIK KEMALANGAN 2018.

Kamarudin turut berkongsi statistik kemalangan maut sepanjang 2018 seperti berikut:

  • Penunggang Motosikal – 4,128 kematian
  • Pemandu Motokar – 1,167 kematian
  • Pejalan Kaki – 407 kematian

Punca kemalangan pula disebabkan:

  • Kecuaian pemandu/penunggang – 80 peratus
  • Faktor lain (kondisi jalan raya atau kenderaan) – 20 peratus

Isunya, tiada tarikh pelaksanaan cadangan penggunaan istilah itu diberikan dan pihak media juga tidak menerima sebarang arahan mengenai perkara tersebut. Hmmm…

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Kamarudin Jaffar Ganti 'Kemalangan' dengan 'Perlanggaran' Kementerian Pengangkutan Timbalan Menteri Pengangkutan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

24/06/2026
Auto Terkini

Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

24/06/2026
Auto Terkini

Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

24/06/2026

2 Comments

  1. Ali on 12/01/2020 19:16

    Takde bezanya apa2 istilah yang digunakan jika penguatkuasaan dan undang2 di ketepikan oleh pemandu serta pihak yg berkenaan…kan✌️✌️

    Reply
  2. Nazir tajuddin on 08/02/2020 22:03

    Banyak lgi masalh lain lebih besar,takdak keja moha ni

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.