Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?
Auto Terkini

Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA berita mengenai Kawasaki menambah pegangan saham dalam Modenas, salah satu perkara ditunggu peminat motosikal tempatan adalah harapan melihat ketibaan produk moped atau kapcai.

Adakah Kawasaki akan membantu Modenas dalam projek motosikal kapasiti kecil? Jawapan itu masih ditunggu-tunggu. Apa yang pasti, Kawasaki Jepun tidak menawarkan model motosikal kapasiti kecil untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?
BACA >>> Orang Kuat Kawasaki Jepun: “Penunggang Motosikal Malaysia Suka Full-Throttle!”

Pengurus Perancangan Produk Seksyen 2 Kawasaki Heavy Industries (KHI), Keiichi Morohara berkata;

Mungkin anda sudah tahu kami tiada model moped. Jadi, kami tidak akan bawa sebarang model moped Kawasaki (ke Malaysia).”

Malah jika meneliti barisan produk Kawasaki di Jepun, pengeluar itu tidak menawarkan model moped, termasuk skuter, berbeza berbanding tiga pesaing dari negara sama, iaitu Yamaha, Honda dan Suzuki.

Anda mungkin tertanya mengenai skuter Kawasaki J300, sebenarnya itu produk Kymco dan percubaan menerjah pasaran Eropah. Khabarnya, model itu gagal memenangi hati pembeli di sana.

BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

Persoalan tentang kenapa Kawasaki tidak meneroka segmen motosikal kecil juga ada kaitan dengan Meguro Motorcycles, iaitu antara pengeluar motosikal legenda dan tertua Jepun.

Pengeluar itu lebih menumpukan kepada pembuatan motosikal kapasiti sederhana-besar (500cc ke atas) dan turut memenangi beberapa acara sukan bermotor, termasuk membekalkan trenkuasa kepada beberapa pasukan lain. Bagaimanapun, fokus terhadap pengeluaran motosikal kuasa besar menyebabkan Meguro gagal dalam saingan dengan pengeluar seperti Honda yang melambakkan pasaran dengan motosikal kecil.

Akhirnya, Meguro mengalami masalah kewangan sebelum Kawasaki mengambil alih syarikat itu sepenuhnya sekitar 1964. Sejak itu, Kawasaki dikatakan meneruskan trend pembuatan motosikal berkapasiti sederhana-besar sehingga kini.

Bagaimanapun, manalah tahu pendirian Kawasaki Jepun mungkin berubah selepas melihat prototaip supermoped Modenas yang kerap diuji di sana sini.

BACA >>> Jika Benar Ini Moped Kawasaki 175cc, Senang-Senang Boleh Tapau Y15ZR, RS150R
BACA >>>  Moped Modenas Dikesan Lagi – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan? Harga Sekitar RM8,000?
BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> Bukan 150cc, Tapi Modenas Bakal Perkenalkan Moped 175cc – Y15Z, RS150R Sila Siap Sedia!
BACA >>> Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

Kawasaki Heavy Industries (KHI) Kawasaki Japan Keiichi Morohara Modenas Kawasaki roda2 Supermoped Kawasaki
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Model konsep Porsche baru atas 911, Cayenne.
    Roda4

    Porsche Rancang Model Perdana Baharu Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.