• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Filipina Pula Lancar Ninja ZX-25R ABS SE, Harga RM35k

Kawasaki Filipina Pula Lancar Ninja ZX-25R ABS SE, Harga RM35k

August 4, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIBA pula giliran Kawasaki Filipina melancarkan Kawasaki Ninja ZX-25R ke pasaran negara itu, sekali gus menjadi negara Asean ketiga yang membawa masuk model berkenaan di Indonesia dan Thailand.

Presiden dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kawasaki Filipina, Hisahi Nishizawa mengumumkan tawaran motosikal ZX-25R menerusi pelancaran atas talian selain mengumumkan tanda harga jualan asas.

Pelanggan Filipina hanya ada satu pilihan iaitu varian premium ZX-25R ABS SE yang mampu menjana kuasa 49hp @ 15,500rpm (dengan bantuan ram udara), manakala tork 22.9Nm yang terhasil pada rev 14,500rpm.

Model itu turut diberikan padanan kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi Kawasaki Quick Shifter (KQS) untuk mengurangkan masa penukaran gear. Perincian mengenai spesifikasi ZX-25R boleh dirujuk DI SINI .

Berhubung pilihan warna, peminat Kawasaki di Filipina diberikan dua opsyen iaitu skim KRT dan biru (Candy Plasma Blue).

Kawasaki Filipina menetapkan harga 410,000 peso (RM35,363) untuk mereka yang berminat. Tag harga yang disyorkan itu mungkin berbeza mengikut kedai dan lokasi selain pengedar di bandar Manila.

Harga itu adalah lebih tinggi berbanding Ninja 400 iaitu 315,000 peso (RM27,170) tetapi rendah sedikit jika dibandingkan dengan model Ninja 650 (433,000 peso atau RM37,346).

Dua negara lain, Jepun dan New Zealand masih mengambil tempahan model sportbike suku liter itu selepas mengumumkan harga jualan untuk pasaran sendiri.

SUMBER: MotoPinas | Facebook

 

Artikel Berkaitan

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Filipina, Kawasaki Ninja ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Comments

  1. Jan says

    August 4, 2020 at 11:15 AM

    lagi mahal dari ninja 400? aduiii

    Kalau ninja 400 di malaysia lebih kurang 30k, ZX25R ni berapa agak2?

    Dan performance ninja 400 of course lebih tinggi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my