• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki NZ Buka Tempahan Ninja ZX-25R, Harga RM44k, Mahal daripada Ninja 650

Kawasaki NZ Buka Tempahan Ninja ZX-25R, Harga RM44k, Mahal daripada Ninja 650

June 10, 2020 By AI 4 Comments

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini berita mengenai Kawasaki ZX-25R hanya berlegar dari Indonesia dan Jepun. Namun, kali ini cerita model sportbike suku liter 4-silinder itu datang sejauh New Zealand (NZ).

Berdasarkan laman web rasmi Kawasaki NZ, pengedar rasmi jenama itu baru saja membuka tempahan untuk barisan pertama Ninja ZX-25R.

Walaupun harga akhir belum diputuskan, tetapi harga pratempahan yang dibuka adalah dalam NZ$15,990  (RM44,553), termasuk kos atas jalan (ORC).

BACA >>> Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?

Penghantaran model itu dijadualkan dibuat Disember tahun ini. Jika diperhatikan, harga Ninja ZX-25R adalah lebih mahal daripada model abang di sana, iaitu Ninja 400, NZ$7,995 (RM22,280) dan Ninja 650 baharu NZ$14,996 (RM41,780).

Kawasaki NZ mendakwa sportbike suku liter itu memang dibikin khas untuk pasaran Indonesia dan Jepun. Jadi survei dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan respons pengguna. Keputusannya, penerimaan diterima adalah luar biasa kerana ramai yang berminat dengan model tersebut walaupuan dijual pada harga tinggi.

Sebagaimana kos pengeluaran motosikal 4-silinder yang berkongsi ciri sama dengan model lebih besar ZX6R dan ZX10-R, Kawasaki NZ tentunya tidak dapat menawarkan nilai sama dengan model Ninja 400 atau  Ninja 650 seperti ramai cadangkan."

BACA >>> Honda CBR250RR (2021) Dijangka Capai Kuasa 40hp!

Atas sebab-sebab seperti disebut, pelanggan yang berminat dibenarkan membuat tempahan awal. Situasi sama seperti dilakukan pada model Ninja H2 Carbon, H2R dan model lain yang tiada stok di NZ.

Ninja ZX-25R membawa DNA sama seperti ZX-6R dan ZX-10R dengan menawarkan dinamik tunggangan mengujakan.

Dibangunkan berasaskan karakter perlumbaan dengan sistem  fork terbalik (USD)boleh laras Showa SFF Big Piston, suspensi horizontal backlink belakang boleh laras, Quick Shifter, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), mod Power, Kawalan Traksi, swingarm aluminium, klac manual 6-kelajuan, dan casis keluli kekuatan tinggi yang dikembangkan daripada Ninja H2 serta ditambah deruman enjin mencecah 17,000rpm.

BACA >>> 25 Foto Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba dengan Kemasan Karbon 'Black Diamond'

SUMBER: KawasakiNZ

Artikel Berkaitan

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Kawasaki, Kawasaki New Zealand, Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    June 11, 2020 at 3:00 PM

    Hmmm, agak melampau jgk la harga yang ditawarkan untuk produk premium. nak buat macam mana haha

    tapi, cuba tgk video youtube Motor TV Station dari jepun, dorg dah test ZXR250 dgn ninja 400. bercicit ZXR250 kena tinggal dgn ninja 400 walaupun beza hanya 4 horsepower.

    jadi, melainkan ZX25R ni ada lebih dari 50 hp, dia xkan boleh fight dgn ninja 400, apalagi dgn ninja 650 yang jauh lebih power.

    Berbaloi ke beli 250 kalau harga dah sama mcm 650?

    Reply
  2. Dean says

    June 11, 2020 at 9:49 PM

    Mana lebih berbaloi daripada beli rxz rm70k ? So pikir pikir la ye…

    Reply
  3. mohd suhaily saad says

    June 12, 2020 at 8:59 AM

    mahal sungguh harga..kalau masuk malaysia pakai tak laku dah..lebih baik beli r6 atau zx6 second..lagi power dan sedap bawa..setakat 250 berapa sgt bleh pergi…

    Reply
  4. Jking says

    June 12, 2020 at 10:28 AM

    mahal lagi ALEJEK MELINIA RM70k tu🤣🤣🤣

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my