• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR250RR (2021) Dijangka Capai Kuasa 40hp!

Honda CBR250RR (2021) Dijangka Capai Kuasa 40hp!

May 27, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini ada dua berita tentang Honda CBR250RR (2021). Sportbike itu khabarnya bakal menerima tambahan kuasa 3hp dan turut dilengkapkan ciri anjakan gear pantas Quick Shifter.

Tambahan kuasa yang diuar-uarkan itu mendakwa CBR250RR akan memiliki kuasa 41ps (39hp). Berita terkini pula mendedahkan kuasa model tersebut menjangkau hingga 42ps (40hp). Apa yang menyokong dakwaan itu adalah material digunakan dan paten takung minyak (oil pan) untuk sistem aliran minyak enjin.

Takung Minyak (Oil Pan)
Kunci Pintar

rekabentuk takung minyak berbeza itu dipercayai dihasilkan untuk menambah baik sistem penyejukan enjin. Paten tersebut difailkan untuk CBR250RR (2021) yang bukan hanya disambung ke sirip penyejukan dari luar, tetapi juga dari dalam. Kemudian pembahagi takung minyak belakang-depan dan buka-tutup bahagian injap pada suhu minyak berfungsi meningkatkan penyejukan dan pemanasan dengan lebih baik.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Honda CBR250RR (2020) Facelift dengan Klac A&S

Portal permotoran Jepun, Kojinteki mendedahkan beberapa maklumat mengenai CBR250RR (2021) itu:

  • Harga naik 25,300 yen (RM1,030)
  • Satu warna (hitam/putih): 847,000 yen (RM34,330)
  • Multiwarna (barisan merah): 880,000 yen (RM35,670)
  • Diumumkan pada Julai (mungkin ditunda)
  • Ada ciri Quick Shifter
  • Kuasa atas 40ps → mungkin 41ps. Ada dakwaan mencapai 42ps
  • Ada ciri klac anti-gelincir Assist and Slipper (A&S)
  • Ada kunci pintar (mungkin untuk versi Indonesia kerana model didedahkan di Jepun cuma kunci biasa)
  • Takung minyak dikemas kini
  • Perubahan bahagian fasia atau reflektor
  • Rekaan spidometer kekal sama, tetapi indikator paparan sedikit berubah kerana ada tambahan ciri
HONDA cbr250rr
HONDA CBR250RR (2020)_3
honda-cbr250rr-facelift-2020-jepun-hitam
Pilihan Warna
  • Grand Prix Red Tricolor (multiwarna): Rim emas
  • Grand Prix Red: Perincian tidak diketahui
  • Pearl Glare White: Rim emas, perubahan dekal, frem merah
  • Matt Gun Powder Black Metallic: Rim emas, dekal berubah

Menurut Kojinteki lagi, CBR250RR (2021) sepatutnya diumumkan sekitar Julai atau Ogos ini, tetapi proses pemasangan terpaksa ditunda hingga Ogos berikutan krisis Covid-19. Bagaimanapun, model tersebut dijangka dilancarkan tahun ini juga.

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bonn Siew Honda (BSH), Boon Siew Honda (BSH), cbr250rr, Honda, Honda CBR 250RR, Honda CBR250RR (2021), roda2, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    May 28, 2020 at 11:23 AM

    performance yang menjangkau lebih jauh dari apa yang dijangkakan untuk engine 2 cylinder, dan berkemungkinan boleh lebih tinggi dengan exhaust after market. tapi tuning yang terlalu tinggi atau "hot" ini selalunya memberi stress lebih kepada engine,

    tapi pada harga 30k++, susah untuk jual di malaysia. apa lagi zx25r sudah nak keluar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev