Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aveta DY115 harga RM750,000

SEKALI pandang, motosikal ini nampak biasa saja, cuma kapcai retro berasaskan model Aveta DY115 dengan enjin kecil dan rupa ringkas.

Di pasaran, model kapcai itu biasanya dijual sekitar RM3,988 hingga RM4,088 sahaja. Namun baru-baru ini, tular satu iklan yang meletakkan harga motosikal sama mencecah setinggi RM750,000, setara harga sebuah banglo.

Bukan Motor, Tapi Nombor Plat

Aveta DY115

Fakta sebenar di sebalik harga luar biasa itu bukan terletak pada motosikal, tetapi nombor pendaftaran digunakan – ‘PM 2‘.

Dalam dunia kolektor dan peminat nombor plat eksklusif, nombor tunggal atau digit rendah seperti itu mempunyai nilai sangat tinggi. Malah, menurut individu yang mengiklankan motosikal tersebut, nilai pasaran untuk nombor seperti itu boleh mencecah RM700,000 ke atas.

Siapa di Sebalik Iklan Tular Itu?

Muhammad Saffwan Muhammad Lotpy

Individu tersebut dikenali sebagai Muhammad Saffwan Muhammad Lotpy, iaitu seorang ‘runner’ berpengalaman lebih 15 tahun dalam urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom.

MenurutSaffwan, motosikal itu sebenarnya milik sepupunya dan beliau hanya membantu mengiklankan dan mencari pembeli yang sesuai. Sepanjang kerjayanya, beliau sudah menguruskan lebih 1,000 transaksi nombor pendaftaran, daripada harga biasa hingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Nombor ‘Rare’ Memang Mahal

Menurut Saffwan lagi, nombor seperti ‘PM 2‘ tergolong dalam kategori sangat langka (rare).

Kalau nombor ‘PM 1’, harganya boleh lebih RM1 juta,” katanya.

Nilai iti dipengaruhi permintaan tinggi dalam kalangan kolektor yang melihat nombor pendaftaran sebagai simbol status dan eksklusiviti.

Boleh Tukar dari Kereta ke Motor

Menariknya, nombor ‘PM 2‘ ini asalnya milik sebuah kenderaan empat roda sebelum dipindahkan ke motosikal.
Proses pemindahan itu adalah sah dan boleh dibuat melalui prosedur rasmi di JPJ dan Puspakom, serta boleh diselesaikan dalam tempoh sehari.

Jual Nombor Bukan Macam Jual Motor

Walaupun harga tinggi, urusan menjual nombor pendaftaran seperti itu bukan mudah seperti disangka.

Saffwan menjelaskan, ada nombor yang boleh dijual cepat, tetapi ada juga yang mengambil masa sehingga dua hingga tiga tahun untuk mendapatkan pembeli tepat. Selain itu, aspek ketulenan dan kesahihan nombor juga sangat penting bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Netizen Kecam, Tapi Pembeli Faham

Seperti biasa, harga luar logik ini mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ramai yang menganggap tidak masuk akal. Namun bagi Saffwan, kritikan tersebut bukan isu besar.

Mereka yang memperlekehkan itu bukan pembeli sebenar,” katanya.

Nilai Sebenar: Status, Kepuasan

Bagi golongan tertentu, memiliki nombor plat langka seperti itu memberikan kepuasan yang sukar dijelaskan. Ia bukan sekadar nombor, tetapi simbol status, identiti dan keunikan yang membezakan pemilik daripada orang lain.

Kapcai Biasa, Nilai Luar Biasa

Justeru kes ‘PM 2‘ itu jelas menunjukkan nilai sesuatu kenderaan tidak semestinya bergantung pada spesifikasi atau prestasi.

Di jalan raya, ia mungkin hanya kapcai biasa. Tetapi atas kertas, nilainya boleh setanding kereta mewah dan di situlah terletaknya keunikan dunia automotif. Kadangkala, yang paling mahal bukan mesin, tetapi apa yang melekat padanya.

SUMBER: FB Aji Muhammad Saffwan Lotpy

Aveta DY115 JPJ no plat mahal No plat motor No Plat PM2 PUSPAKOM Runner JPJ Runner Puspakom tahukah anda
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Pemeriksaan Puspakom
    Auto Terkini

    Puspakom Lanjut Operasi Hingga Sabtu 14 Mac Seluruh Negara

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.