Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kapcai Elektrik AWD, UBCO 2×2 Special Edition (2023), Cas Penuh 120km, Harga RM31k!
Roda2

Kapcai Elektrik AWD, UBCO 2×2 Special Edition (2023), Cas Penuh 120km, Harga RM31k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UBCO secara rasmi melancarkan moped elektrik pacuan semua roda (AWD) 2×2 versi edisi khas yang didatangkan dengan beberapa ciri menarik berbanding versi standard.

Model standard UBCO 2×2 dilengkapi dua rak di depan dan belakang serta bar hendal untuk pemasangan gajet mengikut keperluan penunggang. UBCO 2×2 Special Edition (2023) pula hadir dengan beberapa pilihan lain.

BACA >>> Suzuki Mahu Perkenal 8 Motosikal Elektrik Menjelang 2030, Model Pertama Lancar 2024!
BACA >>> Scorpio Electric Kumpul Dana RM29j Bangunkan Motosikal Elektrik Pertama Singapura

UBCO 2×2 Special Edition (2023) dilengkapi dua beg kalis air boleh tanggal. Beg 12 liter di tengah ditempatkan atas pek bateri, manakala beg belakang mampu menampung kapasiti 30 liter dan boleh dilipat atau dikembangkan mengikut kegunaan.

Selain dua beg, UBCO 2×2 Special Edition (2023) juga ada cagak telefon baharu Peak Design dan tali pengikat Pronghorn daripada Giant Loop untuk mengikat barangan dibawa.

Model UBCO 2×2 Special Edition juga menerima rekaan sistem brek baharu yang menggunakan pad brek gred motosikal dan tuil brek baharu.

Kapcai elektrik itu menawarkan prestasi sama seperti varian standard dengan kelajuan 50kmj menggunakan pek bateri 3.1kW yang membolehkan tunggangan sejauh 120km. Masa mengecas 4-6 jam menggunakan pengecasan pantas (DC).

Hanya 1,000 unit dihasilkan pada harga jualan AS$6,999 (RM31,400), tidak termasuk cukai.

BACA >>> Indonesia Beri Insentif RM2.2k untuk Pembeli Motosikal Elektrik Keluaran Syarikat Tempatan
BACA >>> Loncin Masuk Pasaran Motosikal Elektrik Menerusi Bicose Real 5T (2023)

SUMBER: RideApart

autoterkini Kapcai Elektrik motosikal elektrik roda2 UBCO UBCO 2x2 Special Edition UBCO 2x2 Special Edition (2023)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.