• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Beri Insentif RM2.2k untuk Pembeli Motosikal Elektrik Keluaran Syarikat Tempatan

Indonesia Beri Insentif RM2.2k untuk Pembeli Motosikal Elektrik Keluaran Syarikat Tempatan

December 15, 2022 By Aryon Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI merangsang penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat, Kerajaan Indonesia bersetuju memberikan insentif bernilai Rp8 juta (RM2,260) kepada pembeli motosikal elektrik.

Menteri Perindustrian Republik Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita berkata, motosikal elektrik baharu akan diberikan insentif sekitar Rp8 juta, manakala motosikal yang diubah suai kepada elektrik akan diberikan insentif sekitar Rp5 juta (RM1,410).

BACA >>> Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan
BACA >>> Piaggio Buka Kilang di Indonesia, Kedua di Asean Selepas Vietnam

Menurutnya, Kerajaan menetapkan subsidi diberikan kepada kenderaan keluaran syarikat di Indonesia, atau motosikal yang sudah dikeluarkan secara lokal. Sebaliknya, tiada perincian mengenai EV berstatus import (CBU).

Insentif diberikan kepada pembeli yang membeli kereta atau motosikal listrik yang ada syarikat di Indonesia," katanya.

Jika diteliti, sebenarnya belum banyak pengeluar dua roda yang memperkenalkan motosikal elektrik di republik itu. Bagaimanapun, insentif diberikan mampu merangsang minat syarikat tempatan memasarkan produk motosikal elektrik.

Malah buat masa ini, ada banyak penyedia bateri motosikal elektrik menawarkan motosikal dengan bateri mudah alih yang boleh ditanggalkan. Bayaran pula sekitar Rp300,000 (RM85) sebulan yang mana pemilik bebas menukar bateri motosikal mereka selagi masih dalam langganan.

Ketika ini, beberapa motosikal elektrik sudah rasmi dilancarkan dan dijual di Indonesia dengan pelbagai harga dan ciri. Antaranya Gesits G1, Rp28 juta (RM7,900), Alva One Rp34.9 juta (RM9,840), Niu Gova 03 Rp23.8 juta (RM6,710), Volta Virgo Rp15.4 juta (RM4,340), Selis E-Max Rp28 juta (RM7,900), Viar Q1 Rp8 juta (RM2,260), United T1800 Rp27.5 juta-Rp34.2 juta (RM7,760-RM9,650), dan ECGO-2 Rp11 juta (RM3,100).

BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia
BACA >>> Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia

SUMBER: Kompas

Artikel Berkaitan

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agus Gumiwang Kartasasmita, Auto Terkini, EV Indonesia, Insentif EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kerajaan Indonesia, motosikal elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
    DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my