Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kajian: Pembeli UK Lebih Pentingkan Kemasan Dalaman untuk Kereta Baharu
Roda4

Kajian: Pembeli UK Lebih Pentingkan Kemasan Dalaman untuk Kereta Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUNIA automotif masa kini ialah era peralihan kemasan dalaman atau interior, dan beberapa tahun lalu berlaku sesuatu yang tidak masuk akal melanda banyak pengeluar. Dek mahu mengurangkan kos, mangsa pertama menjadi sasaran ialah ruang dalaman. Material plastik bergred berus gigi digunakan digunakan berleluasa untuk memenuhi ruang dalaman kereta yang bukan saja memedihkan mata, tetapi juga menyakitkan jari-jemari apabila disentuh.

Apa dilakukan itu memang tidak boleh diterima kerana akhirnya nanti kita jugalah sebagai pemilik kereta yang terpaksa menghabiskan berjam-jam lama dalam kereta. Bayangkan kereta yang dibayar berpuluh-puluh ribu ringgit diperoleh dalam bentuk kemasan dalaman entah apa-apa. Mujurlah trend tersebut sudah beransur-ansur ditinggalkan walaupun masih ada sesetengah pengeluar masih mengekalkannya. Kereta bajet kata mereka, kononnya.

KEMASAN DALAMAN JADI KEUTAMAAN


Kajian di bawah ini sepatutnya tidak perlu pun dilakukan, tetapi tetap juga dibuat media permotoran dari Britain, WhatCar? Bagusnya, hasil dapatan diperoleh sekurang-kurangnya dapat dicampak ke meja, ataupun dalam bahasa sopan, dibentangkan semasa mesyuarat pemilihan material atau penentuan kos pembuatan sesebuah kereta.

Kajian WhatCar? menunjukkan pembeli kereta baharu memang meletakkan aspek interior sebagai ciri penting dalam membuat keputusan yang melebihi faktor lain seperti harga, rekabentuk luaran dan penjimatan bahan api. Jadi, kepada pengeluar kenderaan, tolonglah ambil maklum perihal ini!

Pemandu di Britain secara purata menghabiskan 32 jam dalam kesesakan jalan raya. Justeru, setiap kelengkapan dalam kereta bermula kerusi, kualiti material dan suasana keseluruhan kabin memainkan peranan penting bagi memastikan pemandu selesa dan tenang sepanjang memandu. Apatah lagi jika terperangkap dalam kesesakan teruk.

Apakah kajian tersebut dipetik dari kebun anggur atau sungai Thames di England sana?

Tidak.

Kajian WhatCar? diperoleh berdasarkan undian daripada kira-kira 4,000 pengguna yang membaca What Car?, Autocar dan PistonHeads tentang keutamaan ketika membeli kereta, dan mendapati rata-rata responden meletakkan ciri kemasan dalaman, seperti kualiti material dan rekabentuk kabin di kedudukan ranking tinggi dalam membuat keputusan.

Berikut Hasil Dapatan WhatCar?

Audi A3 (2017)
Volkswagen Up! (2017)
  • Suasana pemanduan senyap dan tenang adalah sangat penting – 56 peratus.
  • Kualiti kemasan – 55 peratus dengan jumlah sama turut memilih kelengkapan dalaman.
  • Harga – 54 peratus.
  • Rekabentuk luaran – 47 peratus.
  • Penjimatan bahan api – 44 peratus.
  • Rekabentuk dan gaya dalaman – 35 peratus.
  • Jenama – 34 peratus.
  • Susut nilai – 25 peratus.
  • Sambungan Bluetooth dan Wi-Fi – 19 peratus.
  • Emisi CO2 – 15 peratus.

Bagi membantu pembeli membuat keputusan dalam pembelian kereta baharu, pakar-pakar WhatCar? memilih kenderaan dengan kualiti dalaman terbaik di pasaran mengikut segmen masing-masing. Senarai yang ditebalkan di bawah adalah model paling terbaik dalam segmen tersebut:

  • Bandar/kompak: Volkswagen Up, Kia Picanto, Hyundai i10
  • Mini (Supermini): Audi A1, Hatch mini (3-pintu & 5-pintu), Volkswagen Polo
  • Famili: Audi A3, Volkswagen Golf, Skoda Octavia
  • Wagon: BMW 5 Series Touring, Audi A6 Avant, Mercedes E-Class Estate
  • MPV: BMW 2 Series Active Tourer, Volkswagen Touran, Citroen Grand C4 Picasso
  • Eksekutif : Audi A4, Audi A3 Saloon, Volkswagen Passat
  • SUV Kecil: BMW X1, Audi Q2, Volkswagen Tiguan
  • SUV Besar: Audi Q5, Volvo XC60, Skoda Kodiaq
  • SUV Mewah: Bentley Bentayga, Audi Q7, Porsche Macan
  • Kereta Mewah: Rolls-Royce Ghost, Mercedes-Benz S-Class, Porsche Panamera
  • Konvertibel: Rolls-Royce Dawn, Mercedes-Benz S-Class Cabriolet, Audi A5 Cabriolet
  • Coupé: Rolls-Royce Wraith, Audi TT, Mercedes-Benz S-Class Coupé
  • Kereta Prestasi: Audi R8, Porsche 911, McLaren 540C
  • Kereta Elektrik (EV): BMW i3, Tesla Model S, Volkswagen e-Golf
  • Hot-hatch: Audi RS3, Volkswagen Golf R, Mercedes-Benz A45 AMG

Diharapkan selepas ini tiada lagi pengeluar kereta tempatan atau global memberikan alasan mahu menjimatkan kos dalam membuat keputusan memilih kemasan dalaman.

interior kajian WhatCar? kemasan dalaman Roda4 What Car?
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
    Roda4

    Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Xiaomi SU7 2026 Generasi Baharu Lancar dengan Jarak Pandu Sejauh 902km!

    04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.