Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tok Mat: Faedah GOpinjam dalam Touch ‘n Go eWallet Melampau Tinggi, Sampai 36 Peratus!
Auto Terkini

Tok Mat: Faedah GOpinjam dalam Touch ‘n Go eWallet Melampau Tinggi, Sampai 36 Peratus!

FarahBy Farah17/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU beberapa hari dilancarkan, program pinjam peribadi GOpinjam diperkenalkan kumpulan Touch ‘n Go (TnG) menerusi aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet kini timbul berita kurang enak.

Ini kerana kadar faedah program pinjaman itu, iaitu antara 8 hingga 36 peratus, dianggap terlalu tinggi, tidak munasabah dan boleh menjerat rakyat.

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa kadar faedah program pinjaman peribadi tersebut adalah tertinggi dalam pasaran kredit dan ditawarkan dengan kadar perolehan sangat mudah.

Mohamad Hassan, yang popular dipanggil Tok Mat, turut berharap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil memberi penjelasan mengenai langkah TnG dalam program terbaharu itu. Beliau berkata;

Langkah TNG meluaskan jaringan perkhidmatan dengan menawarkan program pinjaman peribadi terbaharu atau GOpinjam adalah baik.

“Namun kadar faedahnya, antara 8 hingga 36 peratus adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi.

“Kepatuhan kepada kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bukan persoalan di sini. Yang dipersoalkan, semua ini akan menjerat rakyat ke kancah keberhutangan yang parah dan berterusan.”

Tok Mat turut menyifatkan kadar faedah ditawarkan tidak ubah seperti skim pinjaman berlesen along yang menjerat leher peminjam.

Dalam pada itu Tok Mat turut menyentuh mengenai BNM yang sepatutnya menyekat model pinjaman kredit sebegini demi melindungi golongan B40 dan anak muda berisiko tinggi daripada terjerumus dalam kancah hutang peribadi yang memang sudah sangat tinggi.

Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan kadar faedah Gopinjam terlampau membebankan jika benar kadar faedahnya boleh mencapai 36% setahun.

Terdahulu, TnG memaklumkan GOpinjam, menawarkan pinjaman peribadi bermula RM100 hingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula fleksibel antara seminggu hingga setahun.

Jika mahu memohon, pengguna perlu menampilkan slip gaji sebulan atau penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini berserta maklumat asas permohonan pinjaman.

BACA>>> “Touch N Go Bukankah Sebenarnya Nak Bantu Mudahkan Hidup Kita?” – Pengguna Tol Lepas Geram
BACA>>> Touch ‘n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

SUMBER: BHOnline

Auto Terkini Datuk Seri Mohamad Hasan eWallet Touch n Go Faedah GOpinjam Gopinjam Kad Touch 'n Go
Farah

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.